Pelatih Guru Meninggal Dunia Akibat Renjatan Elektrik | Jenazah pelatih guru yang meninggal dunia akibat renjatan elektrik di Segamat, Johor, selamat tiba di Kota Kinabalu sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Brunei di Membakut, pada Selasa.

Jenazah Saiful Asyraf Mukhtar Saiful Khair, 21, tiba di pekarangan Maskargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) kira-kira jam 11 pagi disambut ahli keluarganya termasuk bapa serta neneknya.

Bapanya, Saiful Khair Mohd Sampon, 47, ketika ditemui pemberita mengakui harapan untuk melihat anak sulungnya itu menjadi guru tidak kesampaian.

Bapanya berkata, memang rasa kehilangan, bukan dia saja tetapi seluruh ahli keluarga dan rakan yang mengenalinya.

Katanya ketika menunggu ketibaan jenazah di pekarangan Maskargo KKIA, pada Selasa bahawa sepatutnya arwah menjadi guru kerana dia seorang yang bersemangat untuk memilih kerjaya itu selain gemar dengan kanak-kanak tetapi tidak kesampaian hajatnya.

Bercerita lanjut, Saiful Khair memaklumkan Allahyarham tidak menunjukkan sebarang petanda akan meninggalkannya sebaliknya mereka berbual seperti biasa ketika berhubung melalui aplikasi WhatsApp.

Kali terakhir dia berhubung dengannya dua hari sebelum arwah meninggal dan mereka berbual seperti biasa.

Katanya, bagaimanapun, pada hari kejadian (Ahad), dia menerima panggilan telefon daripada Kampus Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Bahasa Antarabangsa Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi yang menyatakan bahawa arwah ditimpa kemalangan dan selepas kira-kira 40 minit kemudian disahkan meninggal dunia.

Sementara itu, neneknya, Samsiah Baharon, 69, menyatakan rasa terkilan kerana hanya dapat ‘menyambut’ jenazah Allahyarham Saiful Asyraf tiba untuk dikebumikan terus di kampung halaman di Membakut.

Dia rasa terkilan kenapa dia tidak dapat berjumpa dengannya dalam keadaan anaknya hidup. Selepas mendengar berita anaknya dimasukkan ke Unit Kecemasan dan tidak lama kemudian dia dimaklumkan anaknya sudah tiada.

Katanya dia rasa kenapa jadi begini, bolehkah dia dapat panggilan telefon yang mengatakan bahawa Saiful Asyraf tidak jadi mati kerana dia dalam keadaan sihat. Namun sebagai orang Islam kita tidak boleh begitu (mempersoalkan) dan dia terima dengan reda.

Samsiah turut menyifatkan cucunya itu seorang yang baik hati dan banyak membantunya termasuk terlibat secara langsung dalam aktiviti kebajikan di Tawau.

Arwah memang rapat dengannya sejak ibunya meninggal lima tahun lepas. Setiap kali cuti semester, dia akan pulang ke rumahnya di Tawau.

Katanya, Arwah juga seorang yang ceria, tidak cerewet dan taat selain baik serta hormat pada orang tua. Malah dia juga turut terlibat dalam aktiviti kebajikan persatuan orang buta di Tawau sejak berusia 18 tahun.

Sumber: Sinar Harian

 

Artikel Lain

Seorang Lelaki Kena Renjatan Elektrik Ketika Selamatkan 8 Mangsa Kemalangan

Lelaki yang menyelamatkan lapan ahli keluarganya di dalam Perodua Myvi yang terbabit kemalangan dan mengorbankan enam orang petang Isnin, mendakwa mengalami renjatan elektrik ketika kejadian.

Mohd Arifin Syamsuddin, 32, berkata, renjatan itu dipercayai berpunca daripada pagar di kawasan berkenaan.

“Ketika mahu menyelamatkan mereka, saya mengalami renjatan elektrik namun tidak menghiraukannya kerana fikir nyawa ahli keluarga saya lagi penting.

“Pak cik saya yang turut membantu pun mengalami renjatan elektrik dan membatalkan niatnya itu kerana mempunyai sakit jantung.

Image

“Orang ramai yang ada di situ tak berani turun ke kawasan itu dan saya nekad menyelamatkan mereka satu persatu bermula dengan mendukung anak perempuan saya yang sudah terkulai di riba ibu saudaranya di kerusi penumpang hadapan,” katanya.

Dia ditemui di perkarangan Unit Perubatan Forensik Hospital Enche’ Hajjah Besar Khalsom di sini, malam semalam.

DalamĀ nahasĀ itu, anak sulungnya, Mohd Arifin, Mohd Ashraf Rafiq, 11, bersama sepupu mereka yang juga adik-beradik, Muhammad Zharfan Noramin, 15 dan Muhammad Syakir, 10, penumpang di tempat duduk belakang, meninggal dunia.

Turut meninggal dunia, adik iparnya, Siti Nurzannah Kahdar, 25. Dia adalah penumpang di tempat duduk hadapan.

Dua lagi mangsa maut, seorang lagi adik iparnya, Masrina Kahdar, 20, dan seorang lagi ahli keluarga iaitu Muhammad Adil Abdul Kahdir, 22. Keduanya penumpang di tempat duduk belakang.

Mohd Arifin berkata, sebelum kejadian, mereka berkonvoi dengan menaiki tiga kenderaan dari Layang-layang menuju Mersing untuk menziarahi bapa saudara serta berkelah di Pantai Air Papan.

Mayat semua mangsa dijangka dituntut oleh waris, selepas proses bedah siasat selesai, pagi kelmarin.

Terdahulu, media melaporkan enam maut termasuk dua kanak-kanak selepas sebuah Perodua Myvi dinaiki lapan individu terbabit kemalangan dengan sebuah kenderaan lain di Batu 13 Jalan Mersing-Kluang, di sini, petang Isnin.

Sumber : HM

Share.

Leave A Reply