Pelawaan Keluarga Malaysia. Ini Komen Balas PKR Terhadap PM | Susulan perdana menteri Ismail Sabri menawarkan kerjasama melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19. Ini respon PKR. Baca selanjutnya..

Pkr hari ini memberitahu parti itu terbuka kepada tawaran Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob untuk menyertai Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Namun, Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil berkata mereka perlu meneliti terlebih dulu perincian cadangan tersebut sebelum membuat sebarang pendirian muktamad.

“Ini bagi memastikan matlamat utama seperti yang dititah Yang di-Pertuan Agong iaitu bersama kerajaan membantu menangani pandemik Covid-19, menghidupkan semula ekonomi dan menyelamatkan rakyat dapat dicapai sepenuhnya,” katanya kepada Malaysiakini.

Fahmi berkata demikian ketika diminta mengulas pelawaan Ismail Sabri kepada pembangkang untuk menyertai kedua-dua badan berkenaan bagi menguruskan krisis pandemik Covid-19 sekarang.

Dalam ucapan rasmi pertama sebagai perdana menteri pada 22 Ogos, Ismail Sabri menawarkan kerjasama itu melalui penyertaan dalam Majlis Pemulihan Negara dan Jawatankuasa Khas Menangani Covid-19.

Kata Ismail Sabri ia selaras dengan titah Agong yang mahu semua pihak melupakan perbezaan demi demi mencapai kesejahteraan dan kebajikan rakyat.

Fahmi juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata dia dimaklumkan perdana menteri berhasratnya bertemu ketua pembangkang Anwar Ibrahim dalam masa terdekat.

“Tempoh hari Shamsul Iskandar (ketua penerangan PKR) ada menciap berkata PM ingin bertemu dengan ketua pembangkang dalam masa terdekat, berkemungkinan untuk membincangkan hal ini.

“Saya harap dalam pertemuan itu beberapa perkara termasuk isu penyertaan pembangkang dalam usaha ini dapat diteliti dan kita diperincikan.

“Selepas itu semestinya pihak pembangkang akan mengadakan perbincangan supaya satu pendirian tentang cadangan atau pelawaan berkenaan,” katanya.

Sebelum ini, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut berkata bahawa partinya sedia menyambut pelawaan perdana menteri.

Pun begitu kata Lim ia tawaran itu mestilah memberi makna untuk matlamat tersebut dan bukannya hanya membenarkan keputusan Putrajaya.

Ismail Sabri, 61, mengangkat sumpah jawatan sebagai perdana menteri kesembilan Malaysia, pada 21 Ogos selepas mendapat perkenan Agong

Ahli Parlimen Bera itu menggantikan Muhyiddin Yassin susulan ahli parlimen Pagoh itu meletak jawatan setelah 15 ahli parlimen Umno menarik balik sokongan terhadapnya.

Sumber : MK

Share.

Leave A Reply