Pelawak Singapura Hina Malaysia, Tragedi MH370 Dijadikan Bahan Jenaka | SEORANG pelawak solo wanita kelahiran Singapura didakwa menghina Malaysia menerusi lawak jenaka yang dipersembahkan dalam sebuah program di negara terbabit pada Selasa.

Wanita terbabit yang dikenali sebagai Jocelyn Chia membuat sketsa komedi berupa penghinaan terhadap negara Malaysia apabila beberapa kali membakitkan isu perkauman serta merendah-rendahkan kemajuan antara kedua-dua negara terbabit.

Dalam satu video berdurasi 1 minit 29 saat yang tular di laman media itu, memaparkan tindakan individu berkenaan yang dilihat sengaja mempersendakan dan menghina Malaysia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Antara isu yang dibangkitkan sebagai bahan jenaka dalam persembahan itu adalah berkenaan kemajuan ekonomi Malaysia yang dikatakan lebih rendah berbanding Singapura yang diiktiraf sebagai negara membangun di mata dunia.

Selain itu, Jocelyn turut memetik beberapa isu hangat berkaitan tragedi kehilangan pesawat MH370 yang berlaku pada 2014.

Meskipun mendapat tepukan gemuruh daripada penonton di acara tersebut, rata-rata rakyat Malaysia menggesa agar pihak polis menjalankan siasatan terhadap wanita terbabit yang dilihat menyentuh isu sensitiviti negara serta penghinaan terhadap Malaysia.

Namun, sehingga kini masih belum ada sebarang kenyataan polis berhubung perkara itu.

Sumber: Majoriti

 

Baca Juga: PDRM Siasat Dua Orang Lelaki Hina Allah S.W.T Dan Nabi S.A.W

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat dua lelaki kerana menghina Allah dan Nabi Muhammad SAW yang tular di media sosial sejak semalam.

Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan perkara tersebut setelah pihaknya menerima aduan daripada orang ramai mengenai insiden terbabit.

“Satu aduan telah dibuat dan telah diterima oleh pihak polis dan siasatan telah dimulakan, proses pertama mengenal pasti individu di dalam video yang tular.

“Sudah tentu kita akan beri keutamaan kepada perkembangan ini yang tidak sihat sama sekali dalam konteks amalan beragama di negara kita.

“Saya cuma sahkan (aduan) dan video tular itu memang dalam radar pemakluman polis,” katanya pada sidang media di Maktab Penjara Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas tindakan dua lelaki dikenali Asrulizwan Mohamad Yassin dan Mohamad Saarani Mohamad Zakaria yang didakwa mempermainkan nama Allah dan Nabi Muhammad SAW yang tular di media sosial semalam.

Video berdurasi 52 saat itu memaparkan dua lelaki berbaju hitam sambil menyebut ‘Nabi Muhammad ini Allah, kenapa masyarakat Malaysia tak boleh menerima yang Nabi Muhammad itu. Allah itu gelaran bagi Nabi Muhammad SAW dan dia tak diberanakkan dan peranakan. Dalam surah al-Ikhlas telah dinyatakan.

“Seandainya anda ingin mengetahui, boleh berjumpa dengan kami atau hubungan kami di mana-mana, kami sedia berjumpa dengan anda. Kami nak bantu buka minda anda semua,” katanya lelaki tersebut dalam klip video tersebut.

Sumber: KMN

Share.

Leave A Reply