Pelepasan Sementara Pasport Untuk Najib Ke Singapura. Ini Keputusan Mahkamah

| October 17, 2021 | 0 Comments

Pelepasan Sementara Pasport Untuk Najib Ke Singapura. Ini Keputusan Mahkamah | Selepas isteri kepada mantan Perdana Menteri iaitu Datin Seri Rosmah Mansor mendapat kebenaran sementara bagi permohonan pelepasan pasport untuk ke Singapura, kali ini dilaporkan bahawa pasukan pembelaan mantan Perdana Menteri juga telah memfailkan permohonan berkaitan pasport tersebut ke Mahkamah Rayuan, baru-baru ini.

Pelepasan Sementara Pasport Untuk Najib Ke Singapura. Ini Keputusan Mahkamah

Menurut laporan Awani, dikhabarkan bahawa Mahkamah Rayuan di sini hari ini telah membenarkan permohonan Datuk Seri Najib Razak untuk mendapatkan semula pasportnya untuk kegunaan sementara.

Permohonan tersebut telah diterima bagi membolehkan bekas Perdana Menteri itu ke Singapura untuk melawat anak perempuannya yang dijangka akan melahirkan anak kedua tidak lama lagi.

Pasukan pembelaan Najib memfailkan permohonan berkaitan pasport tersebut ke Mahkamah Rayuan, kerana rayuan bagi sabitan kes Ahli Parlimen Pekan itu sedang dibicarakan di situ.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan dipengerusikan Datuk Seri Kamaludin Md Said membenarkan permohonan pelepasan pasport berkenaan bermula 20 Oktober sehingga 22 November ini.

Kamaluddin berkata, mahkamah membenarkan permohonan itu selepas mendapati terdapat alasan yang munasabah.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi telah membenarkan Datin Seri Rosmah Mansor memperoleh pasport antabangsanya secara sementara untuk ke Singapura bagi tujuan sama.

Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , ,

Category: POLITIK

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *