Peluk Islam Selepas Dengar Azan Berkumandang Di Padang Pasir

| April 11, 2021 | 0 Comments

Peluk Islam Selepas Dengar Azan Berkumandang Di Padang Pasir | Seorang anggota pasukan tentera yang telah bertugas di Bosnia pada tujuh tahun lalu telah menerima hidayah untuk memeluk islam. Perkara ini terjadi apabila dia mendengar laungan azan di tengah padang pasir pada jam 3.30 pagi semasa bertugas.

Peluk Islam Selepas Dengar Azan Berkumandang Di Padang Pasir

Ryusei Nemoto, 44, bekas juara dart dunia telah berkongsikan pengalamannnya bagaimana dia diberikan hidayah untuk memeluk agama islam dan menjadi seorang muslim. Pada mulanya beliau terkejut dengan apa yang didengari dan mula bertanyakan kepada rakannya melalui komputer riba atau radio. Namun begitu tiada diantara mereka yang mendengarnya melainkan dia sahaja.

Beberapa tahun kemudia dia telah ke Jakarta untuk menghadiri majlis reunion bersama rakan kolejnya. Ketika berbual dia telah sekali lagi mendengar laungan azan dan tercari-cari maksud suara yang didengari. Dia nekad mencari jawapan kerana menurutnya apabila mendengar azan hatinya merasa tenang.

Dia mula mengembara selama lapan bulan ke seluruh wilayah dan kampung termasuk ke Aceh, Lampung dan Jawa Timur serta singgah di masjid semata-mata mahu mendengar azan dan menyelidik perkara itu.

Ryusei yang fasih berbahasa melayu berkata dia mula terdetik untuk memeluk islam ketika berada di Singapura beberapa tahun selepas itu. Dia mula mengubah cara hidup serta penampilan sebagai seorang muslim. Namun setiap kali beliau terdetik u tuk memeluk islam, dia semestinya akan diuji dengan hebat sekali.

Dua minggu selepas datuknya meninggal dunia, neneknya pula turut sama telah pergi. Dia kemudian diuji lagi apabila kedua-dua ibu bapa, bapa saudara dan adik perempuan kembarnya maut apabila pesawat dinaiki mereka terhempas ketika dalam penerbangan ke Hawaii.

Dia mula memujuk hati dan mencari kebenaran dan akhirnya mendapat jawapan, bahawa sesungguhnya manusia tidak boleh kekal di dunia ini melainkan hanya Dia Yang Maha Kuasa.

Disebabkan perasaan ingin mendalami agama islam yang membuak-buak, dia telah nekad untuk berkunjung ke Mekah. Ketika berada di Mekah dia telah terpegun melihat ketekunan umat Islam mengejar pahala berbuat kebaikan, mengerjakan ibadat haji dan umrah. Dengan itu dia yakin dengan ajaran islam dan ingin mengabdikan diri kepada Allah S.W.T.

Ryusei telah mengucap syahadah secara rasmi di Pejabat Agama Daerah Kuala Muda, Kedah pada 23 Mac lalu menggunakan nama Mohamed Khidir Hakim. Tindakannya itu telah mendapat sokongan daripada keluarga angkatnya yang berada disini.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , ,

Category: AGAMA, Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *