Pelukis Mural Di India Ditahan Kerana Tunjuk Solidariti Kepada Palestin | Pelukis merupakan antara 20 orang individu warganegara India yang ditahan di Kashmir, India kerana telah menunjukkan solidariti mereka terhadap Palestin melalui lukisan mural.

Pelukis Mural Di India Ditahan Kerana Tunjuk Solidariti Kepada Palestin

Individu lain uang ditahan ketika itu adalah pemimpin agama. mereka merupakan golongan yang lantang memperjuangkan nasib penduduk islam di Palestin.

Keluarga kepada pulukis ditahan yang bernama  Mudasir Gull, 32 yang berpusat di bandar telah menyelar tindakan pemguatkuasa disana kerana te;lah menyekat kebebasan seorang artis untuk berkarya.

“Kenapa dia perlu ditahan? Apa kesalahan dia? Adakah kerajaan mahu mengharamkan seni di sini?”

“Apabila seluruh dunia bangkit menentang tindakan Israel, kami tidak boleh bercakap, tidak boleh berkarya, demokrasi jenis apa ini?” Kata kakaknya, Muzamil Firdous.

Firdaos turut memberitahu Al-Jazeera bahawa dia kesal apabila mereka tidak dibenar meluahkan kesedihan terhadap apa yang berlaku di Palestin.

Penduduk di situ telah melakukan perarakan di jalanan selepas selesai solat jumaat pada 14 Mei lalu dan mengibarkan bendera negara Palestin menujukkan tanda solidariti terhadap mereka bersama penduduk negara berkenaan.

Ketika itu penduduk telah menyarankan Gull untuk melukis mural bagi menunjukkan lambang sokongan mereka terhadap negara itu. Mereka beritahu dia, ia tanda solidariti dan menyakinkannya bahawa tindakan tidak menentang India.

Gull melukis wajah wanita berbalut bendera Palestin dan menitiskan air mati bersama kenyataan ‘we are Palestin’ (Kita adalah Palestin) dan gambar mural itu tular di media sosial.

Sumber: Microsoft News

Share.

Leave A Reply