Seorang pemain bola sepak di Kelantan disambung reman sehari sehingga esok, bagi membantu siasatan berhubung kes rogol seorang remaja perempuan berusia 18 tahun di sebuah rumah, di sini, baru-baru ini.

Pemain Bola Sepak Disambung Reman Sehari Libat Kes Rogol

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mohammad Fitri Mokhtar di Mahkamah Majistret di sini.

Tempoh lanjutan reman berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol.

Pemangku Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun mengesahkan pemain bola sepak berusia 28 tahun itu disambung reman sehari sehingga esok.

Media sebelum ini melaporkan, seorang pemain bola sepak di Kelantan ditahan bagi membantu siasatan kes rogol remaja perempuan.

Muhamad Zaki dilaporkan berkata, lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di Jalan Pantai Cahaya Bulan (PCB) di sini, malam Ahad lalu selepas pihaknya menerima laporan yang dibuat mangsa berusia 18 tahun.

Katanya, mangsa yang juga jurujual kain dan tudung mendakwa berada di rumahnya di sebuah kampung di Jalan PCB, keluar dari bilik untuk membuang sampah pada jam 12.30 tengah hari Ahad lalu sebelum dirogol.

Ulasnya, suspek direman empat hari bermula 30 Mei hingga 2 Jun dan kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply