Pemancing Jumpa Mayat Dalam Lumpur

| December 23, 2020 | 0 Comments

Pemancing Jumpa Mayat Dalam Lumpur | Tangkak- Seorang pemancing terkejut apabila menemui satu mayat di dalam lumpur berhampiran jeti di Sungai Bilah, Bukit Gambir, di sini, malam semalam.

 

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohd. Fadhil Minhat berkata, saksi yang datang seorang diri ke kawasan itu pada mulanya ingin meninjau paras air bagi tujuan memancing keesokan paginya.

“Pada pukul 10.45 malam tadi, Balai Polis Bukit Gambir telah menerima satu panggilan kecemasan dari seorang lelaki mengenai penemuan satu mayat dalam Sungai Bilah.

“Bertindak atas laporan, pihak polis kemudiannya datang untuk siasatan sebelum menghubungi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Gambir bagi membantu menarik keluar mayat yang tersangkut.

“Jarak mayat dengan jeti adalah lebih kurang 10 kaki. Berdasarkan siasatan awal oleh pegawai penyiasat di lokasi kejadian, kematian mangsa mendapati tiada sebarang unsur atau tanda jenayah,” katanya ketika dihubungi.

Menurut beliau, polis turut menemui dompet mengandungi wang ringgit dan kad pengenalan mangsa berhampiran jeti selain sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang digunakan mangsa untuk ke lokasi berkenaan.

Mangsa dikenali Lai Sze Tee. 72.

“Sebelum kejadian, beberapa saksi lain mendakwa melihat si mati datang ke jeti sekitar dua ke tiga hari lepas pada sebelah petang. Polis telah pergi ke alamat rumah seperti dalam kad pengenalan si mati, jirannya menyatakan mangsa tinggal seorang diri dan tidak berkahwin.

“Mayat dibawa ke Hospital Tangkak dan hasil bedah siasat mengesahkan mangsa mati akibat lemas. Pada pukul 8 pagi tadi, suami kepada anak saudara si mati telah membuat laporan polis dan mengecam bahawa si mati adalah bapa saudaranya,” katanya.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *