Pemandu Dan Kelindan Maut, Treler Dinaiki Terbalik

| April 11, 2021 | 0 Comments

Pemandu Dan Kelindan Maut, Treler Dinaiki Terbalik |Saban hari kita sering disajikan dengan kejadian kemalangan yang seolah-olah tiada penghujungnya bahkan ia seolah menjadi satu kemestian untuk melaporkan mengenai kemalangan. Kali ini ia melibatkan pemandu dan kelindan treler yang maut setelah kenderaan yang dianiki mereka terbalik dalam satu kemalangan.

Pemandu Dan Kelindan Maut, Treler Dinaiki Terbalik

Bentong: Pemandu dan seorang kelindan maut setelah kenderaan yang dinaiki mereka terbalik dan terbabas di Kilometer 43.4 Lebuhraya Kuala Lumpur- Karak, dekat Bentong, semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata kemalangan yang berlaku sekitar jam 9.10 malam itu membabitkan sebuah treler yang membawa muatan batu bongkah.

“Siasatan mendapati treler berkenaan yang dipandu oleh seorang lelaki berusia 44 tahun bersama seorang kelindan berusia 63 tahun dari arah Kuala Lumpur menuju ke arah Bentong.

“Sebaik sahaja tiba di lokasi, treler yang dipandu di lorong kiri tiba-tiba hilang kawalan sebelum terbabas dan terbalik lalu melanggar penghadang besi di kiri jalan,”katanya dalam kenyataan, hari ini.

Zaiham dalam kenyataannya mengatakan kemalangan itu menyebabkan kerosakan pada keseluruhan bahagian treler terbabit.

“Kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Bentong untuk disoal siasat.

“Difahamkan juga ketika kejadian cuaca hujan dan jalan licin. Kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987″katanya.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil untuk membantu siasatan.

“Orang ramai dinasihatkan memandu kenderaan atau menunggang motosikal dengan berhati-hati serta mematuhi peraturan lalu lintas terutama had laju selain memastikan kenderaan dalam keadaan selamat serta diselenggara dengan baik,”katanya.

Sementara, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bentong Mohd Zamri Abdul Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.30 malam.

“Seramai 11 orang anggota bersama tiga jentera dikejarkan ke lokasi. Sebaik tiba, kami mendapati dua mangsa lelaki tersepit di tempat duduk pemandu serta penumpang treler berkenaan.

“Kami mengambil masa lebih satu jam untuk mengeluarkan kedua-dua mangsa sebelum operasi ditamatkan pada jam 10.27 malam.

“Mayat dua mangsa berkenaan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,”katanya.

Sumber: Metro

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *