Pemandu Didakwa Mabuk Rempuh Penjawat Awam Hingga Maut, Polis Tunggu Bukti.

| December 1, 2021 | 0 Comments

Pemandu Didakwa Mabuk Rempuh Penjawat Awam Hingga Maut, Polis Tunggu Bukti. | MELAKA – Polis Melaka sedang menunggu laporan ujian darah ke atas seorang pemandu yang terbabit dalam kemalangan maut di Jalan Klebang, di sini, pada Isnin lalu.

Pemandu Didakwa Mabuk Rempuh Penjawat Awam Hingga Maut, Polis Tunggu Bukti.

Ketua Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) negeri, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, sampel darah lelaki berusia 42 tahun itu telah diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia.

“Kami sedang menunggu laporan kimia dan selagi itu saya tidak boleh nyatakan sama ada dia mabuk atau sebaliknya sehinggalah keputusan itu keluar,” katanya ketika dihubungi pada Rabu.

Beberapa hari lalu tular di Facebook mendakwa seorang kakitangan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) maut selepas kereta dipandunya dirempuh pemandu mabuk.

Ketika kejadian mangsa dikatakan dalam perjalanan balik ke rumah selepas mengambil anaknya pulang bekerja di sebuah kedai makan.

Akibat kemalangan itu, tiga anak mangsa turut cedera.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *