Pemandu Hilang Kawalan Maut, Lori Jatuh Ke Dalam Cerun

| January 12, 2022 | 0 Comments

Pemandu Hilang Kawalan Maut, Lori Jatuh Ke Dalam Cerun | Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbalik dan jatuh ke dalam cerun ketika menuruni lereng bukit di Kuari Bukit Jerus di sini pada Rabu.

Pemandu Hilang Kawalan Maut, Lori Jatuh Ke Dalam Cerun

Dalam kejadian jam 11.40 pagi itu, mangsa, Mohd Dali Mohd Yunus, 53, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Menurut Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Ediansha Endal, siasatan awal mendapati lori yang dipandu mangsa dalam perjalanan turun selepas mengisi tanah.

Setibanya di lokasi kejadian iaitu satu selekoh ke kiri, pemandu dilaporkan gagal mengawal lori itu menyebabkan kenderaannya ke lereng kanan bukit sebelum terbalik dan jatuh ke dalam cerun, katanya.

Akibat daripada itu, mangsa tersepit dan maut di lokasi kemalangan.

Beliau berkata, mayat mangsa yang beralamat di Kampung Serdang Muda, Melor, Kota Bharu itu dihantar ke Hospital Tengku Anis Pasir Puteh untuk bedah siasat.

Difahamkan, kes disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *