Polis mengesahkan pemandu yang terlibat dalam kejadian langgar tembok pagar sebuah sekolah di Chemor di sini semalam tidak memandu di bawah pengaruh alkohol.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, kejadian itu berlaku pada pukul 4.30 pagi ketika lelaki berusia 21 tahun itu sedang memandu kereta jenis Mercedes Benz dari Chemor menghala ke Tasek.

Katanya, semasa sedang melalui Jalan Jelapang-Chemor, kereta dipandu lelaki itu hilang kawalan ketika cuba mengelak seekor binatang yang melintas dari kiri ke kanan jalan.

May be an image of 1 person, car and outdoors

“Keadaan itu menyebabkan kereta tersebut terbabas dan melanggar tiang lampu di tengah jalan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar tembok pagar batu Maahad Al-Ummah di kanan jalan.

“Akibat pelanggaran itu, pemandu dan seorang penumpang kereta berusia 21 tahun cedera ringan dan mengalami luka-luka kecil,” katanya di sini semalam.

May be an image of 1 person, tree and road

Menurut beliau, kawasan kemalangan merupakan laluan selekoh dengan dua lorong dan dua hala selain permukaan jalan yang tidak rata dan berombak, berturap dan kering.

Katanya, pemandu terbabit telah pun membuat laporan polis selepas kejadian dan siasatan mendapati lelaki terbabit bebas daripada pengaruh alkohol ketika kemalangan berlaku.

“Berdasarkan siasatan, punca nahas kerana mengelak binatang melintas hingga hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan.

May be an image of 1 person and road

“Saman telah pun dikeluarkan terhadap pemandu terbabit dan kes disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59),” katanya.

Terdahulu tular dalam media sosial Facebook beberapa gambar kejadian itu yang memaparkan sebuah kereta melanggar tembok sebuah sekolah di mana pemandu kenderaan dikatakan mabuk.

Sumber : UM

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Seorang Lelaki Cedera Lepas Kepala Dihempap Pintu Kabin Roda Ferris

Seorang lelaki di Thailand cedera selepas dihempap pintu kabin roda Ferris seberat 20 kilogram yang jatuh dari ketinggian 10 meter ketika menghadiri satu festival di wilayah Buriram minggu lalu, lapor laman berita Thaiger kelmarin.

Pasukan penyelamat bergegas ke acara itu di daerah Lam Prai Mart untuk memberi pertolongan cemas kepada mangsa, Sutthiwat Kruephimai, 21.

Sutthiwat mengalami luka di kepala dan lebam di seluruh badan, namun bernasib baik kerana tidak mengalami sebarang kecederaan yang mengancam nyawa.

Selepas sembuh, Sutthiwat memberitahu media bahawa dia pergi ke festival itu bersama datuk, nenek dan seorang saudara berusia tujuh tahun.

Sutthiwat menunggu di kawasan berhampiran ketika neneknya dan kanak-kanak tersebut menaiki roda Ferris.

Sebaik sahaja mereka melangkah keluar dari kabin roda Ferris, Sutthiwat berkata, dia mendengar bunyi ‘sesuatu’ di atas kepalanya.

Beberapa saat kemudian, sebuah pintu jatuh dari langit dan menimpanya.

Pengendali permainan tersebut, Natthapon Kloy-on, 38, berkata, dia memberi pampasan 2,000 baht (RM262) kepada mangsa dan bersedia bertanggungjawab sepenuhnya.

Natthapon tidak pasti bagaimana kejadian itu berlaku tetapi berpendapat bahawa beberapa pelanggan mungkin telah membuka kunci pintu kabin semasa roda Ferris masih bergerak, sebelum ia melanggar struktur utama dan terjatuh.

Dia bagaimanapun tidak menghadapi sebarang pertuduhan selepas kemalangan itu.

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply