Pemandu Lari Selepas Langgar 6 Motosikal, Serah Diri | Kemalangan melibatkan seorang pemandu kereta yang terbabas sehingga melanggar enam motosikal dan mengorbankan tiga daripada individu terbabit di Kilometer 4, Jalan Kampung Acheh-Sitiawan, dekat sini, pada Sabtu, dilaporkan telah menyerah diri kepada pihak polis baru-baru ini.

Pemandu Lari Selepas Langgar 6 Motosikal, Serah Diri

Menurut Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, lelaki berusia 38 tahun itu telah melarikan diri sebelum ini namun telah menyerah diri di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Manjung, kira-kira jam 2.50 petang.
Jelasnya lagi, permohonan reman akan dibuat esok menerusi laporan Awani.
Kejadian tersebut telah berlaku kira-kira jam 5.30 petang Sabtu, selepas dua penunggang motosikal dan seorang pembonceng, masing-masing berumur antara 22 hingga 29 tahun, meninggal dunia.
Kemalangan itu juga turut menyebabkan enam lagi dipercayai menunggang motosikal, termasuk seorang penumpang kereta dipandu lelaki terbabit, yang berumur antara 24 hingga 48 tahun, cedera parah.
Nor Omar menjelaskan bahawa, siasatan awal telah mendapati kereta lelaki berkenaan sedang membawa dua penumpang yang dalam perjalanan menghala ke Kampung Acheh dari Lekir, manakala enam buah motosikal dinaiki pekerja sebuah kilang, dari arah bertentangan, ketika kejadian berlaku.
Tambahnya, apabila sampai di tempat kejadian, dipercayai pemandu kereta tersebut hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke laluan bertentangan dan telah melanggar keenam-enam motosikal yang berada di laluan sah sebelim dilaporkan pemandu terbabit melarikan diri selepas kemalangan itu.
Sumber: Astro Awani

Share.

Leave A Reply