Pemandu Lori Kuning Dilapor Positif Dadah

| September 6, 2021 | 0 Comments

Pemandu Lori Kuning Dilapor Positif Dadah | Pemandu lori yang merempuh lima buah kenderaan dalam kejadian di Jalan Ipoh petang tadi didapati positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

Pemandu Lori Kuning Dilapor Positif Dadah

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd. Salleh berkata, kejadian berlaku pada pukul 2.40 petang selepas pemandu lori berusia 25 tahun itu gagal mengawal kenderaan.

“Siasatan awal mendapati, pemandu lori warga tempatan tersebut telah memandu dari arah Jalan Duta menghala ke Sentul sebelum gagal mengawal kenderaan dan merempuh laju lima kenderaan.

“Pemandu lori berkenaan telah merempuh kenderaan lain yang sedang berhenti di lampu isyarat. Kelima-lima kenderaan terlibat adalah dua Perodua Myvi, Proton X70, Honda Hrv dan Peugeot 208.

“Pemandu yang memandu Myvi berwarna kuning berusia 45 tahun tersebut hanya mengalami kecederaan ringan pada bahagian muka dan telah mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, sementara pemandu kenderaan lain tidak mengalami sebarang kecederaan parah dan mereka telah mendapatkan rawatan sebelum dibenarkan pulang.

“Kita juga telah menahan pemandu lori berkenaan dan mendapati lelaki terbabit tidak berada dalam pengaruh alkohol namun positif dadah jenis Methamphetamine dan Amphetamin.

“Pemandu lori berkenaan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut dan siasatan diklasifikasikan di bawah Seksyen 44(1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu di bawah pengaruh dadah,” ujarnya.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan, beberapa buah kenderaan mengalami kerosakkan selepas dirempuh sebuah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Ipoh di sini petang tadi.

Sumber : Kosmo

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *