Pemandu Lori Maut Dihempap Kayu Balak

| June 17, 2020 | 0 Comments

Pemandu Lori Maut Dihempap Kayu Balak | Pemandu lori meninggal dunia selepas dihempap kayu balak di Jalan Baru Broga, Semenyih, hari ini.

Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu jam 11.24 pagi.

“Difahamkan mangsa dihempap kayu balak ketika membuka rantai besi yang mengikat kayu berkenaan.

“Kejadian menyebabkan mangsa parah di kepala selepas dihempap kayu balak yang jatuh sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohd Zaid berkata, mangsa adalah pemandu lori sebuah syarikat berpangkalan di Pahang.

“Mangsa dikatakan bergerak dari Pahang kira-kira 2 petang semalam dan tiba di sebuah kilang papan di Kampung Baru Broga jam 8 pagi.

“Mayat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Kajang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR),” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Semenyih Mohamad Darul Azreen Md Desa berkata, seramai tujuh pegawai dan anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, kami mendapati mangsa, Abdul Razak Kamarulzaman, 46, tersepit akibat dihempap beberapa kayu balak. Mangsa kemudian berjaya dikeluarkan beberapa minit kemudian dengan bantuan ‘air lifting bag’ serta jentolak pihak kilang,” katanya.

Katanya, mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Sumber : MyMetro

Tags: , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *