Pemandu Lori Maut Dihempap Pokok Dalam Kemalangan.

| December 9, 2020 | 0 Comments

Pemandu Lori Maut Dihempap Pokok Dalam Kemalangan. | Kuala Lumpur: Pemandu lori meninggal dunia akibat dihempap pokok dalam kemalangan di Lebuhraya Bukit Jalil menghala ke pusat bandar, di sini, hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu jam 5.06 petang.

“Seramai tujuh anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bukit Jalil dikejarkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati kemalangan membabitkan sebuah lori yang terbabas lalu melanggar pokok,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kemalangan itu mengakibatkan pemandu lori berusia 58 tahun tercampak dari kenderaan sebelum dihempap pokok.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Kemalangan itu turut membabitkan sebuah Proton Persona milik Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang cuba mengelak lori berkenaan.

“Bagaimanapun, pemandu serta penumpang kereta tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.

Katanya, anggota bomba bertugas mengambil masa beberapa minit untuk mengeluarkan mangsa yang dihempap pokok.

“Mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. Operasi itu tamat jam 6.19 petang tadi,” katanya.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: INFORMASI, KELUARGA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *