Pemandu Lori Maut Selepas Rempuh Tiang Elektrik | Malang tidak berbau buat seorang lelaki apabila dia maut selepas lori tiga tan yang dipandunya terbabas dan merempuh tiang elektrik berhampiran simpang Kampung Sitiawan di Jalan Ipoh – Lumut di sini malam tadi.

Pemandu Lori Maut Selepas Rempuh Tiang Elektrik

Dalam kejadian sekitar jam 11.30 malam itu, S Elangeswaran, 43, yang mengalami kecederaan parah di kepala maut di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, lori tanpa muatan itu dalam perjalanan dari Ipoh menghala ke Lumut, tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas melanggar tiang Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Katanya, kemalangan berlaku disebabkan kenderaan mangsa hilang kawalan lalu dan kes akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak berkata, sebaik bomba tiba mangsa didapati tersepit pada tempat duduk pemandu.

Tambahnya, sebaik dikeluarkan mangsa kemudian diperiksa pasukan perubatan dan disahkan meninggal dunia lalu diserahkan kepads pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Operasi menyelamat kemudiannya ditamatkan pada pukul 11.50 malam.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply