Pemandu Lori Mengaku Cederakan Isteri dan Ibu Mentua Ditahan Polis.Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan, hari ini atas dua pertuduhan mencederakan isteri dan ibu mentua di Kampung Cabang Empat, Tumpat. Baca seterusnya.

Seorang pemandu lori mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Pasir Mas, Kelantan, hari ini atas dua pertuduhan mencederakan isteri dan ibu mentua di Kampung Cabang Empat, Tumpat, dalam kejadian minggu lepas.

Tertuduh, Wan Mohammad Hafizuddin Wan Ismail, 27, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Mustaqim Sukarno.

Berdasarkan pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh dengan sengaja mencederakan ibu mentua, Tuan Azizah Tuan Bongsu, 61, dan isteri, Nik Salma Joni, 26, menggunakan pisau yang boleh menyebabkan kematian.

Kesalahan itu dilakukan di sebuah rumah di Kampung Cabang Empat, Tumpat pada jam 5.30 petang, 21 Jun lalu.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama 326A Kanun Keseksaan, manakala pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama 326A Kanun Keseksaan.

Seksyen 324 Kanun Keseksaan memperuntukan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua.

Bagi Seksyen 326 Kanun Keseksaan pula memperuntukan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda atau sebatan.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya, Hajarul Falenna Abu Bakar, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, Hajarul Falenna memohon mahkamah tidak menawarkan sebarang jaminan kerana dibimbangi mengganggu saksi dan mahkamah menetapkan 5 September untuk sebutan hukuman selain tidak menawarkan sebarang jaminan.

SUMBER: MALAYSIAKINI

Share.

Leave A Reply