Pemandu Lori Ugut Bunuh Bapa Dihukum Penjara 2 Tahun

| May 19, 2021 | 0 Comments

Pemandu Lori Ugut Bunuh Bapa Dihukum Penjara 2 Tahun | Seorang pemandu lori menerima padah apabila ia dijatuhi hukuman penjara selama dua tahun oleh Mahkamah Majistret Kota Bharu, hari ini atas pertuduhan melakukan ugutan bunuh terhadap bapanya di Kampung Tempoyak Kadok, di sini, Mac lalu.

Pemandu Lori Ugut Bunuh Bapa Dihukum Penjara 2 Tahun

Majistret Mohd Izuddin Mohd Shukri menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Tuan Mohamad Hafiz Tuan Haris, 24, mengaku bersalah atas tuduhan.

Sebaik pengakuan dibuat, tertuduh dilihat sebak dan mengalirkan air mata.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Sharifah Amirda Shasha Amir Shariffuddin manakala tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ariyani Mohd Amin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh melakukan ugutan jenayah dengan menakutkan bapanya, Tuan Haris Tuan Kub, 58, untuk membunuh mangsa.

kesalahan itu dilakukannya pada jam 11 pagi di sebuah rumah di Kampung Tempoyak, Kadok, di sini, pada 27 Mac lalu.

Tertududh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum mengikut seksyen sama.

Mengikut fakta kes, mangsa bergaduh dengan tertuduh di luar rumah kerana menasihati anaknya itu supaya tidak berkawan dengan orang tidak berfaedah, selain kerap meminta wang RM100 sehari daripada bapanya.

Tertuduh yang kemudiannya merasa berang lalu memecahkan barangan dalam rumah dan mengugut untuk membunuh bapanya.

Mangsa yang ketakutan kemudian bertindak membuat laporan polis.

Terdahulu, Sharifah Amirda Shasha memohon hukuman setimpal dikenakan supaya menjadi pengajaran kepada masyarakat, manakala Ariyani memohon hukuman minimum dikenakan kerana tertuduh sudah insaf.

Sumber: Berita Harian

Tags: , , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *