Pemandu treler terlibat kemalangan di Kilometer 371.7 Lebuhraya Utara-Selatan, arah selatan, dekat Slim River malam semalam, dipercayai membrek kenderaannya secara mengejut, menyebabkan ia terbabas lalu terbalik.

Ia dapatan awal siasatan polis, menurut Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir, yang turut mengenal pasti mangsa sebagai Mohd Nor Afzam, 36 tahun, beralamat di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Mohd Hasni berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kemalangan maut itu pada kira-kira jam 11 malam.

May be an image of outdoors

“Siasatan awal di lokasi kejadian mendapati treler dalam perjalanan dari dari Pulau Pinang hendak ke Kajang.

“Apabila sampai di lokasi kejadian, mangsa telah membrek mengejut kerana terdapat sebuah kereta di hadapannya, nombor pendaftaran tidak pasti.

May be an image of 3 people, people standing and outdoors

“Ia menyebabkan treler hilang kawalan lalu terbabas, melanggar dan terseret di besi pembahagi tengah jalan,” katanya dalam kenyataan di sini, pagi ini.

Menurutnya lagi, mangsa mengalami kecederaan di bahagian badan dan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

May be an image of 3 people

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memberitahu, treler yang terlibat membawa muatan minyak hitam dan diesel.

May be an image of 1 person

Menurutnya, dua buah kren digunakan untuk membantu mengeluarkan mangsa yang tersepit.

May be an image of 3 people

Sumber : Astro Awani

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Pemandu Lori [email protected] Nahas Tiga Kenderaan

Seorang pemandu lori maut dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 352.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah selatan pagi semalam.

Dalam kejadian sekitar pukul 5.20 pagi itu, mangsa, R. Nantha Kumar, 29, yang memandu lori muatan ayam segar maut di tempat kejadian.

Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail, Ketua Polis Daerah Tapah berkata, kemalangan berlaku membabitkan lori dipandu mangsa dan sebuah lori muatan kotak dan treler muatan sayur.

Katanya, ketika kejadian, ketiga-tiga kenderaan dalam perjalanan dari arah Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.

Beliau berkata, apabila sampai di tempat kejadian, lori dipandu mangsa telah hilang kawalan dan melanggar belakang lori muatan kotak.

Beliau juga berkata, selepas perlanggaran pertama, pemandu lori muatan kotak itu telah mengelak ke kiri jalan sebelum melanggar pula bahagian hadapan sebelah kiri treler muatan sayur.

Beliau bertambah, akibat perlanggaran itu pemandu lori ayam segar mengalami kecederaan pada bahagian dalaman dan disahkan maut di tempat kejadian manakala dua pemandu lain masing-masing berusia 44 dan 29 tahun tidak cedera.

Menurut beliau, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tapah untuk bedah siasat sebelum dituntut keluarga.

Katanya, kemalangan itu menyebabkan kesemua kenderaan terlibat mengalami kerosakan di beberapa bahagian dan dihantar ke Puspakom untuk pemeriksaan.

Siasatan mendapati punca kemalangan akibat lori dipandu mangsa hilang kawalan dan melanggar kenderaan lain. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kemalangan itu diminta menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ruzainal Aman Ruslan di talian 012-4500968 bagi membantu siasatan.

Sumber: KMN

 

Share.

Leave A Reply