Pemandu Mabuk. Mengaku Tak Bersalah Langgar Penghantar Makanan Sehingga Maut.

| May 31, 2020 | 0 Comments

Pemandu Mabuk. Mengaku Tak Bersalah Langgar Penghantar Makanan Sehingga Maut. | Seorang pekerja kedai aksesori kereta yang didakwa memandu dalam keadaan mabuk mengaku tidak bersalah melanggar penghantar makanan sehingga menyebabkan kematian di sini pagi tadi.

Tertuduh, Khor Yong Zhang, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Puteri Nursheila Rahimi.

Mengikut pertuduhan, Yong Zhang didakwa memandu Nissan Grand Livina pada jam 1.30 pagi di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke Tun Razak dalam pengaruh alkohol iaitu 161 miligram/ 100 mililiter yang melebihi kandungan alkohol dibenarkan 80/100 mililiter.

Tertuduh juga didakwa dalam keadaan tidak berdaya mengawal kenderaan dan menyebabkan kematian seorang penunggang motosikal jenis Honda EX5, Mohamed Zaili Mohamed, 44.

Oleh yang demikian tertuduh telah melakukan kesalahan di bawah seksyen 44 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Jika sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman tidak kurang RM8,000 dan tidak lebih RM20,000, penjara tidak kurang tiga tahun dan tidak lebih 10 tahun serta lesen memandu dibatalkan.

Pegawai Pendakwa, Abdullah Khazali menawarkan jaminan RM10,000 dengan syarat lesen memandu digantung sehingga kes selesai.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam Khairulamin Abdullah memohon jaminan rendah ekoran tertuduh masih muda dan berusia 21 tahun serta belum disabitkan bersalah serta wang jaminan yang tinggi akan memberi kesan kepada dirinya.

Seret Motosikal 2kmPenghantar makanan maut selepas terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta dipandu lelaki disyaki mabuk di Lebuhraya Sultan Iskandar menghala ke ibu negara, Kuala Lumpur, awal pagi ini.Dalam kejadian jam 1.30 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Mohamed Zaili Mohamed berusia 44 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat cedera parah di kepala.Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, berkata kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal jenis Honda EX5 ditunggang mangsa dirempuh Nissan Grand Livina dipandu suspek berusia 21 tahun dari arah belakang.Katanya, ketika itu, mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Bukit Antarabangsa, dekat Ampang selepas menghantar makanan yang dijual isterinya."Akibat rempuhan itu, mangsa tercampak ke sebelah kiri bahu jalan, manakala motosikalnya diseret sejauh kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian."Suspek memberhentikan kenderaannya di bawah jejantas Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Titiwangsa dekat kawasan itu setelah ditahan orang awam."Suspek kemudian dibawa ke Balai Trafik Jalan Tun H S Lee dan keputusan saringan ujian mendapati kandungan positif alkohol dalam pernafasan lelaki berkenaan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.Kes disiasat mengikut Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987Sumber ~ Harian Metro

Posted by Taman Sri Gombak on Sunday, May 31, 2020

Mahkamah kemudian membenarkan jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin dan dengan syarat tambahan lesen tertuduh turut digantung sehingga kes selesai.

Majistret Puteri Nursheila kemudian menetapkan 1 Julai bagi sebutan semula kes dan serahan dokumen.

Pemandu mabuk langgar mati penunggang motosikal didakwa di mahkamah

Seorang pembantu kedai aksesori kereta didakwa di Mahkamah Majistret KL atas pertuduhan memandu dalam keadaan mabuk hingga menyebabkan kematian seorang penghantar makanan, awal pagi tadi.

Posted by Bernama TV on Sunday, May 31, 2020

Sumber : Sinar Harian & Video Bernama

Tags: , , , , , , , , , ,

Category: INFORMASI, JENAYAH, KELUARGA, KEMALANGAN, KESIHATAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *