Pemandu Maut Kereta Terbabas Langgar Papan Tanda

| June 22, 2021 | 0 Comments

Pemandu Maut Kereta Terbabas Langgar Papan Tanda | Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandunya terbabas dan melanggar papan tanda jalan sehingga mengorbankan nyawanya di Kilometer 201, Jalan Pintasan Kuantan berhampiran Taman Datuk Rashid, di sini awal pagi Rabu.

Pemandu Maut Kereta Terbabas Langgar Papan Tanda

Dalam kemalangan yang berlaku sekitar jam 3.15 pagi, mangsa Syed Firdhaus Syed Mohd Heffeni,33, tercampak keluar dan tersepit di bawah kereta.

Mangsa yang berasal dari Masai, Johor itu mengalami cedera parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Negeri, Superintendan Kamarulzaman [email protected] Daud berkata, hasil siasatan awal mendapati mangsa yang memandu kereta jenis Hyundai Atos sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan menghala ke Kemaman.

Menurutnya, ketika mangsa tiba di lokasi kejadian, dia dipercayai gagal mengawal kenderaannya sebelum terbabas melanggar papan tanda.

Mangsa yang tersepit kemudiannya dikeluarkan dengan bantuan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng.

Tambahnya, mayat mangsa dihantar dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *