Sebuah treler 20 tan membawa muatan tepung terbalik di Kilometer 24 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) di sini, baru-baru ini.

Pemandu Maut Tersepit Gara-gara Treler Terbalik

Kejadian sekitar jam 7.30 pagi itu telah mengakibatkan pemandu treler dikenali Adzri Mat, 43, meninggal dunia di lokasi kejadian manakala kelindannya, cedera.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak memaklumkan, panggilan kejadian itu diterima pada jam 7.38 pagi melibatkan dua mangsa.

Katanya, anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Gerik yang tiba di lokasi mendapati, treler terbabit terbalik ke bahu jalan dipercayai akibat hilang kawalan dan mengakibatkan kedua-dua mangsa tersepit.

Jelasnya, anggota bertindak mengeluarkan mangsa menggunakan peralatan keselamatan khas sehingga mangsa berjaya dikeluarkan.

Pemandu Maut Tersepit Gara-gara Treler Terbalik

Tambahnya lagi, mangsa telah diserahkan kepada polis dan ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Difahamkan, operasi tamat pada jam 9.55 pagi.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply