Pemandu Myvi Rempuh Van Dibebaskan.

| February 23, 2021 | 0 Comments

Pemandu Myvi Rempuh Van Dibebaskan. | Serdang: Lelaki yang memandu kereta Perodua Myvi secara melulu dan laju sebelum merempuh dua kenderaan di Jalan Bandar Kinrara 6F, Bandar Kinrara, Serdang, Isnin lalu, sudah dibebaskan dengan jaminan polis, hari ini.

Viral Myvi Langgar Van Biru. Ini Tindakan Terkini Polis. Ada VIDEO.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari’at berkata, polis sudah menyerahkan sampel darah suspek kepada Jabatan Kimia.

Beliau berkata, pihaknya masih menunggu keputusan ujian darah itu yang dijangka akan mengambil sedikit masa manakala pemeriksaan fizikal kenderaan akan dibuat dan mengambil masa untuk mendapatkan laporan.

“Suspek sudah diberi jamin polis dan setelah semua keterangan diperoleh, kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kami mohon saksi yang ada rakaman kamera perakam video (dashcam) berkaitan kereta Perodua MyVi itu (sebelum kejadian) untuk berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Mohamad Syafiq Mohd Nasir di talian 0129845477 untuk membantu siasatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam kejadian 2 petang itu, pemandu kereta Perodua Myvi yang juga seorang pekerja swasta berasal dari Puchong, dikatakan cuba melarikan diri selepas merempuh van dan Proton Waja mengakibatkan pemandu van parah.

Insiden kemalangan itu terakam kamera ‘dash-cam’ sebuah kenderaan lain sebelum rakaman video itu tular di media sosial.

Rakaman video kemalangan itu menunjukkan kereta Perodua Myvi terbabit dilihat dipandu laju dan turut hampir melanggar seorang penunggang motosikal.

Akibat rempuhan kuat, van berkenaan terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan, manakala Proton Waja terbabas ke lorong kanan di laluan dua lorong berkenaan.

Sumber : Metro

Tags: , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *