Seorang pemandu yang menaiki kenderaan jenis utiliti sukan (SUV) berwarna putih cuba melarikan diri selepas dipercayai terlibat dalam satu kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Seberang Perai, Pulau Pinang.

Insiden tersebut dirakam dalam satu video berdurasi 30 saat yang mula tular sejak Isnin.

Menerusi klip tersebut, pemandu berkenaan pada awalnya dilihat enggan keluar daripada kenderaannya selepas terbabit dalam kemalangan yang berlaku di satu simpang utama jalan.

Individu yang merakam insiden itu turut mendakwa pemilik kenderaan terbabit memandu dalam keadaan mabuk.

Pada masa sama, dua buah kereta polis dilihat sudah tiba di lokasi kemalangan.

Namun begitu, difahamkan kenderaan terbabit cuba melarikan diri apabila video sama turut menunjukkan ia kemudiannya berada di tempat berlainan, iaitu di jalan kawasan sebuah perumahan.

Pada waktu itu, sekumpulan individu turut mengelilingi kenderaan terbabit dengan seorang anggota polis dilihat mengeluarkan pistol dan mengacukannya ke bahagian tempat duduk pemandu kenderaan berkenaan

Cermin hadapan kereta terbabit juga didapati sudah mengalami keretakan.

Setakat laporan ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan pihak berkuasa berkaitan insiden tersebut.

Status mengenai keadaan mangsa dan kerugian harta benda yang terlibat juga masih belum dikenal pasti.

Sumber : MO

 

 

ARTIKEL LAIN YANG BOLEH DIBACA

Motosikal Dilanggar, Atuk & Cucu Melambung Hingga Paha Retak

TULAR satu video memaparkan sebuah kenderaan melanggar motosikal yang datang dari arah kanan pemandu hingga menyebabkan kedua-dua penunggang dan pembonceng melayang.

Dalam rakaman video berdurasi 2 minit 23 saat yang dirakam menerusi kamera papan pemuka (dashcam) itu, mangsa telah dibantu oleh beberapa orang penduduk yang menyaksikan kejadian tersebut.

Difahamkan kejadian tersebut berlaku di Sekolah Kebangsaan Dato Manan, Tanjung Karang, Selangor pada pukul 12.54 tengah hari, Isnin.

Berdasarkan rakaman yang dikongsikan di Facebook, selepas melanggar motosikal berkenaan, pemandu kenderaan jenis Proton Persona berwarna kelabu itu dipercayai memberhentikan keretanya dan menghampiri mangsa.

Dalam pada itu, seorang individu yang mendakwa sebagai anak saudara kepada penunggang motosikal berkenaan memaklumkan, bapa saudaranya dalam perjalanan untuk menghantar cucunya ke sekolah.

“Cucunya retak paha, pakcik saya sekarang dirawat di Hospital Sungai Buloh kena buat x-ray. Kasihan dia, dahlah kerja kampung, ada kerja ada gaji.

“Doakan pakcik saya tiada kecederaan yang serius. Dia pun dah tua, jangka masa untuk sembuh agak lama. Anak-anak pakcik saya akan cuba dapatkan ganti rugi,” katanya.

Insiden tular itu turut mendapat perhatian warganet, antaranya Fariz Razali yang mengatakan pemandu berkenaan seharusnya memberhentikan keretanya dan memberi laluan kepada motosikal tersebut.

“Kereta itu salah sebab dia mai (datang) dari simpang yang ada garisan berhenti. Motosikal tu memang laluan utama dia. Kasihan anak dia melambung,” katanya.

Sementara itu, Syafiq Lazim turut berpandangan, simpang empat seperti di dalam video tular berkenaan diakui agak bahaya dan boleh menyebabkan sesetengah pemandu keliru.

“Dalam perspektif Persona dia rasa dia yang jalan utama dan yang tepi itu jalan kecil. Sebab itu bila jumpa simpang macam ini kena perlahan dan tengok jalan yang mana satu,” ujarnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Majoriti (@majoritiofficial)

Sumber : KMN

Share.

Leave A Reply