Seorang pemandu treler maut selepas kenderaan dipandunya merempuh belakang treler lain yang berhenti di laluan kecemasan di Kilometer 1.5 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dari arah Shah Alam menuju Subang pada Selasa.

Pemandu Treler Maut Akibat Rempuh Belakang Treler Lain

Mangsa berusia 59 tahun yang tersepit di bahagian pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.37 pagi.

Menurutnya, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dan jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Jelasnya, siasatan awal mendapati sebuah treler berhenti di laluan kecemasan berikutan mengalami kerosakan.

namun menurutnya lagi dalam satu kenyataan, bagaimanapun treler yang dipandu mangsa dari arah sama tidak sempat mengawal kenderaannya lalu merempuh belakang kenderaan berkenaan, akibatnya mangsa tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Katanya, pasukan bomba berjaya mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit dan kemudian menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply