Pemandu Warga Asing [email protected] Tercampak Keluar Dari Kereta | Seorang lelaki warga Myanmar maut selepas kereta yang dipandunya terbabas di Kilometer 258.5, Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Terowong Menora pada Isnin.
Nahas sekitar jam 2.15 petang itu mengorbankan pemandu kereta jenis Proton Gen2, Min Myo Htet, 20, akibat kecederaan parah dialaminya.
Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaacob berkata, ketika kejadian mangsa memandu sendirian menuju ke utara.
Beliau berkata siasatan awal mendapati kereta terbabit dipercayai hilang kawalan ketika melalui selekoh lalu terbabas dan melanggar penghadang besi di bahu kiri jalan sebelum berpusing.
Beliau juga berkata bahawa akibat pelanggaran itu, mangsa tercampak keluar dari kenderaan dan terjatuh di lorong kanan. Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik, Hospital Kuala Kangsar untuk dibedah siasat.
Beliau bertambah lagi, polis kini sedang mengesan keluarga dan majikan mangsa manakala kenderaan terlibat ditahan untuk pemeriksaan lanjut.
Katanya, siasatan diteruskan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Astro Awani
Artikel Lain
Kereta Dinaiki Terbabas, Seorang Pemuda Muat Tercampak Keluar Kereta
Kereta Dinaiki Terbabas, Seorang Pemuda Muat Tercampak Keluar Kereta | Seorang pemuda maut selepas tercampak keluar kira-kira enam meter dari kenderaan dinaikinya yang dipercayai terbabas di bahu jalan Kampung Melayu Pulau Carey di sini, awal pagi tadi.
Dalam kemalangan kira-kira pukul 1.55 pagi itu, mangsa dikenali Muhammad Ezwan Ibrahim, 20, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Turut cedera dalam kemalangan itu adalah tiga lagi rakannya berusia 20-an.
Pengarah Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis berkata, enam anggota termasuk pegawai bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Teluk Panglima Garang telah bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pukul 1.57 pagi.
Katanya, keempat-empat mangsa semasa kejadian menaiki kereta jenis Hyundai dan dipercayai terbabas di bahu jalan.
“Seorang daripadanya iaitu Muhammad Ezwan yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar kira-kira enam meter dan disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan.
“Mangsa telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Jelas beliau, tiga lagi mangsa yang cedera ringan dikeluarkan orang awam sebelum pihaknya tiba dan telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sumber : Kosmo
Suami Isteri Maut Tercampak Keluar Kereta
Suami Isteri Maut Tercampak Keluar Kereta | Port Dickson: Sepasang suami isteri maut selepas tercampak keluar daripada kereta dinaiki mereka selepas terbabit dalam kemalangan di Kilometer 23, Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini, hari ini.
Dalam kemalangan jam 1.10 tengah hari itu, Seng Pang Hemg, 57, dan isterinya, Lim Mei May, 50, maut di tempat kejadian manakala pemandu yang juga anak saudara mereka, Yee Siew Mei, 35, parah.
Timbalan Ketua Polis Daerah Port Dickson, Deputi Superintendan Mustafah Hussin berkata, pasangan suami isteri itu maut di tempat kejadian manakala anak saudaranya parah di kepala dan dada kini dirawat di zon merah Hospital Port Dickson (HPD).
“Siasatan awal mendapati mereka dalam perjalanan dari arah Telok Kemang menghala Seremban dan sebaik tiba di lokasi kejadian kenderaan yang dipandu Siew Mei hilang kawalan, lalu terbabas ke kiri jalan.
“Kereta yang dinaiki mereka dipercayai berpusing beberapa kali dan menyebabkan semua mangsa tercampak keluar dari kenderaan itu,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Katanya, kedua-dua mangsa yang maut disahkan maut ditempat kejadian oleh Pegawai Perubatan Hospital Port Dickson.
“Mayat dihantar ke Unit Forensik HPD untuk bedah siasat. Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.
Sumber : HMetro