Pemandu Warga Emas Maut Kemalangan Babitkan Dua Kenderaan | Kes kemalangan bukanlah perkara asing dalam kalangan rakyat di negara ini. Hal ini kerana hampir setiap hari kita disajikan dengan kemalangan dan ada di antaranya yang melibatkan kematian.

Pemandu Warga Emas Maut Kemalangan Babitkan Dua Kenderaan

Gopeng: Seorang pemandu maut dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan di Jalan Kampar – Ipoh dekat Kampung Jeram di sini hari ini.

Kemalangan tersebut membabitkan sebuah kereta Perodua Myvi yang dinaiki satu pasangan setelah bertembung dengan Proton Persona dipandu seorang lelaki.

Jurucakap Bilik Gerakan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.38 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggita bomba bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng telah dikerahkan ke lokasi kejadian dan didapati pemandu Perodua Myvi yang mengalami kecederaan parah akibat tersepit di dalam kereta telah dikeluarkan dengan menggunakan peralatan khas.

Jelasnya, mangsa, Abd Rane Saed, 69, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, penumpang wanita Perodua Myvi dan pemandu Proton Persona mengalami cedera ringan dan diberikan rawatan oleh petugas perubatan.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply