Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad melahirkan rasa terkejut apabila mendapati Malaysia berada di belakang beberapa negara Afrika daripada segi pembangunan.

Tun M Luah Terkejut, Pembangunan Malaysia Di Belakang Beberapa Negara Afrika

Dr Mahathir mendedahkan bahawa beliau bersedia menerima bahawa Malaysia telah ketinggalan di belakang Indonesia dan Vietnam sejak kebelakangan ini.

Jelasnya menerusi hantaran di Facebooknya, sudah tentu kita sentiasa berada di belakang Singapura. Tetapi saya terkejut apabila mendapati bahawa kita juga berada di belakang beberapa negara Afrika.

Dalam pada itu, beliau turut menyentuh mengenai sebuah teknologi terkini yang disifatkannya dapat mencapai kecekapan dan mengehadkan rasuah.

Jelasnya, kita tidak bersedia untuk menggunakan teknologi terkini bagi mencapai kecekapan dan mengehadkan rasuah.

Tambahnya lagi, Malaysia juga menolak teknologi ini kerana ia mungkin mendedahkan salah laku ahli Parlimen, tanpa menyebut tentang teknologi tersebut.

Dr Mahathir mendakwa bahawa beliau diberitahu bahawa sekiranya negara ini menggunakan teknologi baharu ini, akan ada bantahan yang kuat daripada ahli-ahli Parlimen.

Ujarnya, nampaknya ramai daripada mereka terlibat dalam perniagaan eksport dan import. Oleh itu, negara terus kehilangan banyak wang kerana kita menolak cara pengurusan yang lebih baik.

Kata beliau, tetapi negara-negara Afrika menjimatkan berbilion-bilion kerana pengurusan mereka dan menggunakan peralatan baharu itu dengan lebih cekap. Mereka sudah mendahului kita.

Sindir beliau lagi, sudah tentu kita tidak perlu berasa malu apabila dipintas oleh negara-negara Afrika. Bukankah kita telah diberitahu bahawa mencuri wang kerajaan bukanlah sesuatu yang patut kita malu.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply