Pemburu Maut Selepas Diinjak Mati Oleh Sekumpulan Gajah Di Afrika Selatan

| April 19, 2021 | 0 Comments

Pemburu Maut Selepas Diinjak Mati Oleh Sekumpulan Gajah Di Afrika Selatan | Seorang pemburu telah menerima padah selepas dia dilaporkan maut diinjak sekumpulan gajah ketika sedang menjalankan aktiviti pemburuan haram di Taman National Kruger iaitu taman negara di Afrika Selatan, baru-baru ini.

Pemburu Maut Selepas Diinjak Mati Oleh Sekumpulan Gajah Di Afrika Selatan

Pemburu Maut Selepas Diinjak Mati Oleh Sekumpulan Gajah Di Afrika Selatan

Tiga disyaki terlibat dalam pemburuan haram selepas mereka membuat cubaan untuk melarikan dari renjer Taman Nasional Kruger tersebut sebelum mereka menemui kawanan gajah. Setelah menyedari bahawa mereka sedang dikejar oleh beberapa renjer, mereka telah menjatuhkan kapak serta beg yang berisi barang keperluan mereka lalu melarikan diri dari renjer, menurut laporan media tempatan.

Jurucakap polis memberitahu seorang suspek telah berjaya diberkas oleh renjer dari taman negara tersebut atas  bantuan yang diberikan oleh Unit ‘Air Wing’ dan K9 Perkhidmatan Polis Afrika Selatan. Suspek tersebut memberitahu bahawa dia dan kumpulannya telah menemui kawanan gajah dan tidak pasti sama ada salah seorang kawannya berjaya untuk melarikan diri atau tidak tambahnya.

Pihak bomba dan pasukan keselamatan telah pergi ke lokasi kejadian, dan mendapati rakan suspek telah ditemui maut di tempat kejadian akibat dinjak dengan teruk oleh sekumpulan gajah ketika membuat cubaan melarikan diri dari renjer taman negara.

Selaras senapang turut ditemui di tempat kejadian dan dibawa untuk rujukan pihak polis yang turut hadir bersama pasukan patologi ke lokasi kejadian. Pencarian suspek ketiga masih giat dijalankan bagi membantu siasatan.

Pengelola Eksekutif Taman Nasional Kruger, Gareth Coleman berkata kepada orang awam yang tinggal berdekatan untuk turut membantu dalam memberikan maklumat berhubung kes tersebut serta beliau turut berbangga dengan kerjasama yang diberikan oleh pihak Rangers Corp, Unit ‘Air Wing‘ serta unit K9 atas sikap dedikasi mereka dalam menjalankan tugas.

Tambahnya dalam satu kenyataan, cukup malang apabila terpaksa kehilangan satu nyawa akibat daripada kejadian tersebut namun kerjasama antara pasukan serta displin dapat membantu mengatasi gelombang pemburuan badak di Taman National Kruger.

Dalam kejadian sebelumnya, tiga lagi suspek dipercayai pemburu telah ditangkap di taman negara tersebut selepas mereka disyaki memiliki senapang pemburu berkaliber tinggi, peralatan perburuan dan peluru.

Sumber: CNN News

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, JENAYAH, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *