Pemimpin Pembangkang Mula Bertemu di Pejabat Anwar. Ini Puncanya | Presiden Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang), Datuk Seri Mukhriz Mahathir hadir ke mesyuarat pembangkang di Pejabat Datuk Seri Anwar Ibrahim, di Jalan Gasing di sini, hari ini.

Pemimpin Pembangkang Mula Bertemu di Pejabat Anwar. Ini Puncanya

Bercakap kepada Utusan Malaysia, menurut sumber, Pejuang menghantar Ahli Parlimen Jerlun itu sebagai menggantikan Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang tidak dapat hadir ke mesyuarat berkenaan.

“Pejuang menghantar presiden sebagai wakil ke mesyuarat itu,” katanya hari ini.

Terdahulu, beberapa ketua parti dan pemimpin Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) bermesyuarat di pejabat Anwar dipercayai bagi membincangkan perkembangan politik semasa yang menyaksikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka meletak jawatan esok.

Ketika ini, Ahli Parlimen Iskandar Puteri yang juga veteran DAP, Lim Kit Siang dan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Mohamad Sabu turut hadir dalam mesyuarat berkenaan.

Muhyiddin tengah hari tadi dilaporkan telah menyatakan kepada pemimpin-pemimpin parti kerajaan berkaitan hasrat berundur dan meletak jawatan ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, esok.

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu kehilangan sokongan majoriti ahli Parlimen selepas 15 daripada 18 ahli Parlimen UMNO diketuai Presidennya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menarik semula sokongan terhadap Perdana Menteri.

Ketika ini, Muhyiddin yang mengetuai pembentukan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) bukan melalui pilihan raya umum pada tahun lalu mempunyai sokongan 100 ahli Parlimen iaitu kurang 11 untuk mencapai sokongan majoriti.

Sumber : Utusan Malaysia

Share.

Leave A Reply