Pemuda Ditahan “Gemar” Pecahkan Cermin Kenderaan

| February 21, 2021 | 0 Comments

Pemuda Ditahan “Gemar” Pecahkan Cermin Kenderaan | Pelik sejak seminggu lalu, kejadian pecahkan cermin kereta guna batu bata akhirnya terjawab, seorang pemuda ditahan. Baca seterusnya..

PECAHKAN 18 CERMIN KERETA

Port Dickson: Gemar memecahkan cermin kereta orang ramai menggunakan batu bata.

pecah cermin

Itu tindakan liar seorang pemuda berusia 24 tahun yang dipercayai sudah memecahkan cermin 18 kenderaan setakat ini.

Suspek yang aktif melakukan perbuatan itu sejak seminggu lalu akhirnya ditahan polis di Jalan Kemuning di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Aidi Sham Mohamed berkata, lelaki itu ditahan pada jam 3.30 petang oleh sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.

“Hasil pemeriksaan lanjut, polis turut merampas tiga motosikal bersama kunci, topi keledar dan pakaian digunakan suspek ketika semasa melakukan jenayah itu di sebuah bengkel di Batu 9, Teluk Kemang di sini.

“Susulan penahanan itu, polis yakin berjaya menyelesaikan kes kejadian pecah cermin kereta yang dibaling batu bata sejak seminggu lalu,” katanya.

Menurutnya, siasatan awal polis mendapati suspek bergerak secara solo dan aktif di sekitar kawasan Taman Perumahan di Port Dickson, Teluk Kemang serta Lukut di sini.

“Batu bata yang digunakan (untuk memecahkan cermin kenderaan) dikutip di tepi jalan sekitar tempat kejadian.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga tempoh lima tahun atau dikenakan denda atau kedua-duanya,” katanya.

Sumber : HMetro

Tags: , , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *