Pemuda Ini Hilang RM50. Slps Jumpa Nabil Tak Sangka Ini Yg Terjadi. | Di TikTok, seorang lelaki dikenali sebagai Fayad Gojez berkongsi satu kisah dukanya yang baru sahaja kehilangan wang sebanyak RM50 ketika mengisi minyak namun telah menerima rezeki yang tidak disangka-sangka.

 

Menerusi video yang dikongsikan itu, lelaki tersebut turut menceritakan kronologi kejadian yang menimpanya itu secara terperinci.

Di sebalik kisah sedih itu, dia juga berkongsi mengenai insan berhati mulia iaitu pelawak dan pengacara, Nabil Ahmad yang dikirimkan Allah untuk membantunya.

Nak jadikan cerita, hari itu saya ke rakaman raya untuk sebuah program televisyen dan dalam perjalanan ke studio itu saya sedih sebab baru kehilangan RM50 semasa pam minyak.

Orang kaya boleh lah cakap “Alaa RM50 pun je pun nak sedih”. Tapi saya hargai walaupun sepuluh sen sebab ia hasil titik peluh saya sendiri. Kemudian saya pun cuba halalkan dan berlapang dada. Teruslah ke studio yang hosnya adalah Haji Nabil.

Nak tahu tak, dalam banyak orang di rakaman itu, Allah pilih saya untuk Haji Nabil sedekah RM100 tunai. Betapa baiknya Allah, kita sahaja selalu bersangka buruk. Allah salurkan duit itu kepada Haji Nabil untuk beri kepada saya.

Bukan itu sahaja, dia turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Nabil kerana ikhlas memberi sedekah kepada orang lain.

Alhamdulillah, terima kasih Nabil sebab sedekah dan dia ikhlas sangat beri pada hari itu, patutlah dia murah rezeki. Ini rupanya amalan dia.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata warganet terharu dengan perkongsian itu malah turut mendoakan agar pengacara MeleTop itu sentiasa dimurahkan rezeki.

@fayadgojez Nak jadi cerita, Ituhari saya ada ke rakaman raya untuk sebuah program di astro dan masa dalam perjalanan ke studio tersebut saya dalam kesedihan sebab rm50 saya hilang semasa pam minyak😭 orang kaya boleh lah cakap “Alaaaa rm50 jee punnn nak sedih” tapi saya hargai walapun seposen, sebab ia hasil titik peluh saya sendiri, kemudian saya pun cuba halal kan dah berlapang dada, teruslah ke studio program yang host nya adalah Haji Nabil, nak tahu tak? Dalam banyak orang dekat rakaman masa tu, Allah pilih saya untuk Haji Nabil sedekah RM100 cash😭 Ya Allah tergamak masa dia kasi ituhari, saya hanya meminati dia dan tidak kenali dia, tapi hati dia agaknya tergerak nak kasi dekat saya🥹🥹 masa dia beri tu, terus saya teringat “Ya Allah, tuhan ganti semula duit saya yang hilang tadi” Betapa Baiknya Allah😭 kita je selalu bersangka buruk😩 Allah salurkan duit itu kepada Haji Nabil untuk kasi kat sayaaa❤️ Alhamdulillah, terima kasih nabil sebab sedekah dan dia ikhlas sangat beri ituhari, patutlah dia murah rezeki kannn, macam ni rupanya amalan dia #InspirasiRamadan #Ramadan #esekeliaq #Tiktok #esekeli #esekeliaqqqqq #fypシ #contentcreator #NabilSedekahRm100 ♬ Ramadan – Live & Acoustic – Maher Zain

Sumber : OHBULAN

ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA

Issey ‘Kantoikan’ Aktiviti Nabil Dlm Konti Radio Yg Buat Ramai RESPEK. | Siapa tidak mengenali sosok tubuh yang bernama Nabil Ahmad, seorang pelawak dan pengacara terkenal dan diminati ramai. Kita sudah mengetahui akan penghijrahan saudara Nabil Ahmad dan kita nampak perubahan pada pakaian dan percakapan beliau sendiri. Hari ini tular satu video dari seorang pelawak juga iaitu Issey yang menunjukkan Nabil tengah membaca Alquran dalam konti radio. Baca selanjutnya.

Penghijrahan Nabil Ahmad menjadi insan yang lebih baik sememangnya mendapat respon yang positif daripada para peminat. Kebanyakan mereka gembira dengan perubahan tersebut kerana cara penyampaian pengacara itu juga penuh dengan kata-kata nasihat.

Baca al-Quran senyap2

@isseyfazlisham Sebab tu aku suka n minat Nabil punya perjuangan. @Nabilahmad @GEGAR @ERA ♬ original sound – JalilRazak

Walaupun Nabil masih lagi bergiat aktif dalam dunia seni, namun ia sedikit sebanyak memberi contoh yang baik kepada para penonton serta pendengar radio.

Menerusi perkongsian daripada selebriti yang juga rakannya, Issey Fazlisham di aplikasi TikTok, dia telah berkongsi video yang diambil secara diam-diam sewaktu Nabil leka membaca al-Quran.

Menurut Issey, video tersebut diambil sewaktu Nabil mengendali radio di konti bersama dua orang lagi penyampai kira-kira jam 7 pagi.

Tambahnya, cara yang ditunjukkan Nabil menjadi punca mengapa dia meminati pengacara Meletop itu kerana perjuangannya yang luar biasa.

Perkongsian tersebut telah mendapat perhatian ramai dan rata-rata memuji aktiviti yang dilakukan Nabil apabila meluangkan sedikit masa melakukan ibadah walaupun sedang bertugas.

Mereka juga akui suka dengan apa yang ditunjukan pengacara itu kerana memberi inspirasi kepada orang ramai walaupun masih bergiat aktif di dunia hiburan.

Terima kasih Issey kongsi dengan kami

Nabil tak tunjuk kawan2 yang viralkan

Salute dengan Nabil

Hadis tak tinggal, al-Quran dihati

Inilah orang yang berjaya

Sumber : OMM

Share.

Leave A Reply