Pemuda Maut Akibat Terjatuh Dari Koridor Tingkat 13 | Seringkali kita dengar bahawa tragedi yang melibatkan nyawa seseorang sering berlaku tidak kira masa dan juga tempat. Hal ini yang berlaku kepada sekumpulan pemuda yang pada ketika itu ingin meraikan percutian pada Hari Pekerja.

Pemuda Maut Akibat Terjatuh Dari Koridor Tingkat 13

George Town: Percutian singkat lapan sahabat bagi meraikan Hari Pekerja di sebuah inap desa di Tanjong Tokong berakhir dengan tragedi apabila seorang daripada mereka maut akibat terjatuh dari koridor tingkat 13 bangunan itu awal pagi tadi.

Kejadian yang berlaku kira-kira pada jam 1.30 pagi itu, mayat seorang lelaki yang berusia 26 tahun telah ditemui dalam keadaan terlentang di tingkat lima bangunan berkenaan.

Kejadian itu dipercayai disedari oleh salah seorang rakannya apabila melihat mangsa berada di atas koridor terbabit sebelum tergelincir ke bawah.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong berkata, siasatan awal telah mendapati bahawa mangsa telah menginap di situ bersama rakan-rakannya yang turut tinggal di kawasan sama iaitu Nibong Tebal termasuk rakan sekerja bagi meraikan percutian sempena Hari Pekerja.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat awal, mangsa pada ketika itu bersama rakan-rakannya sedang minum termasuk meminum minuman keras sebelum didapati salah seorang daripada mereka iaitu mangsa tergelincir dan jatuh ke bawah.

“Bagaimanapun, kita akan dapatkan maklumat lanjut daripada rakan-rakannya itu berhubung kejadian berlaku sama ada terdapat unsur jenayah atau sebaliknya,” katanya ketika ditemui Kosmo di lokasi kejadian hari ini.

Dalam pada itu, beliau memberitahu, tujuh rakannya yang lain akan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut bagi tujuan dokumentasi termasuk mengambil keterangan lanjut berkaitan kejadian ini sekaligus menyiasat sama ada mereka semua berada di bawah pengaruh dadah atau tidak.

“Setakat ini, polis telah mengklasifikasikan kematian mangsa sebagai mati mengejut dan akan menunggu keputusan bedah siasat yang akan dijalankan di Unit Forensik Hospital Pulau Pinang sejurus selesai ujian saringan Covid-19,” tambahnya.

Sumber: Kosmo

Share.

Leave A Reply