Pemuda Temui Ajal Ketika Ke Tempat Kerja, Kemalangan Langgar Tiang Elektrik

| August 23, 2021 | 0 Comments

Pemuda Temui Ajal Ketika Ke Tempat Kerja, Kemalangan Langgar Tiang Elektrik | Kemalangan tidak berbau melibatkan seorang pemuda telah dilaporkan selepas dia dikatakan dalam perjalanan ke tempat kerja sebelum menemui ajal susulan motosikal ditungganginya terbabas dan melanggar tiang elektrik di Jalan Sungai Dua di sini, hari ini.

Pemuda Temui Ajal Ketika Ke Tempat Kerja, Kemalangan Langgar Tiang Elektrik

Mangsa dilaporkan baru berusia 18 tahun dipercayai meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor menjelaskan bahawa kejadian berlaku pada jam 8 pagi selepas mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha Y15ZR serta bekerja di sebuah kilang di Seberang Jaya itu dipercayai telah hilang kawalan sebelum terbabas ke kiri jalan.
Siasatan awal juga mendapati motosikal itu terbabas ke kiri jalan dan melanggar tiang elektrik di tepi kiri jalan menghala ke arah Sungai Dua.
Beliau berpendapat akibat kejadian itu, penunggang disahkan maut di tempat kejadian dipercayai akibat kecederaan parah pada kepala dan badan.
Noorzainy berkata mayat mangsa dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk proses bedah siasat serta kejadian tersebut telah disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sumber: Astro Awani

Tags: , , , , , , ,

Category: KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *