Pemuda UMNO Negeri Sembilan mendesak Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memohon maaf secara terbuka kepada UMNO dan Barisan Nasional (BN).

Pemuda UMNO Negeri Sembilan Minta MB Kedah Mohon Maaf. 'Ini' Sebabnya..

Ketua Pemudanya, Datuk Mohd Zaidy Abdul Kadir berkata, tuduhan Muhammad Sanusi mengatakan cadangan mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lebih awal bagi mengelakkan sesetengah individu daripada dipenjara adalah tuduhan berniat jahat dan melampau.

Menurutnya, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang yang menjadi pemimpin negeri hasil ihsan sokongan daripada UMNO dan BN.

Jelasnya lagi dalam satu kenyataan, bagi menghormati persahabatan di antara parti di dalam Muafakat Nasional, eloklah jika beliau membuat permohonan maaf secara terbuka kepada ahli UMNO dan BN.

Menurutnya, sebagai pemimpin kerajaan negeri, beliau seharusnya tahu bahawa institusi kehakiman tiada kaitan dengan badan eksekutif serta legislatif yang mempunyai pengasingan kuasa masing-masing dan ia harus dihormati semua pihak.

Beliau memaklumkan, janganlah menjadi gunting dalam lipatan yang menjadi punca kepada perpecahan di dalam Muafakat Nasional yang asasnya adalah untuk menyatukan perpaduan politik di kalangan orang Melayu dan Islam.

Katanya, pesan kami di Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Sembilan, kita boleh berbeza pandangan dan pendapat secara matang. Tetapi bersifat biadap serta menabur tuduhan tidak berasas adalah sesuatu yang tidak boleh diterima sama sekali. Maka kami desak, mohon maaflah.

Pada Sabtu, Muhammad Sanusi dilaporkan berkata, Malaysia akan hancur sekiranya rakyat memilih ‘satu atau dua pemimpin gila kuasa’ yang hanya mahu menyelamatkan diri mereka untuk mentadbir negara.

Muhammad Sanusi memberi respons itu bagi ‘membalas’ kenyataan yang dibuat

Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bahawa Pas tidak berminat untuk mengadakan PRU15 awal kerana bimbang kehilangan 18 kerusi yang dimiliki parti itu ketika ini.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply