Pendedahan Pandora Papers: Ini Tindakan Yang Diambil Tengku Zafrul | Pendedahan artikel dari sebuah portal luar negara telah mengaitkan ramai golongan ‘elit’ di Malaysia termasuklah Menteri Kewangan, Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz selepas namanya turut terpalit dalam senarai yang mempunyai aset di luar negara, baru-baru ini.

Pendedahan Pandora Papers: Ini Tindakan Yang Diambil Tengku Zafrul

Berhubung isu terebut, Tengku zafrul dilaporkan akan mengambil tindakan untuk merujuk kepada peguam berhubung artikel di sebuah portal yang didakwa mengaitkannya sebagai pengarah syarikat luar pesisir, Capital Investment (Labuan) Limited.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau memaklumkan telah memegang jawatan Pengarah Kumpulan dan Ahli Jawatankuasa Pengurusan Eksekutif Kenanga Holdings Berhad dari Januari 2009 hingga Jun 2010.

Jelasnya, melalui jawatan tersebut, beliau telah dilantik sebagai pengarah di beberapa anak syarikat atau syarikat bersekutu Kumpulan Kenanga termasuk di Capital Investment Bank (Labuan) Limited.

Namun, sejurus dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Maybank Investment Bank Bhd pada Jun 2010, beliau memberitahu bahawa beliau melepaskan kesemua pelantikannya, eksekutif dan pengarah di dalam Kumpulan Kenanga.

Tambahnya, ketika pejabatnya dihubungi portal tersebut, beliau telah memaklumkan kepada mereka bahawa beliau telah melepaskan jawatan pengarah ketika meninggalkan Kumpulan Kenanga pada bulan Jun 2010, namun mereka tetap menerbitkan artikel tersebut dan membabitkan namanya.

Pendedahan artikel tersebut sedikit sebanyak telah menjejaskan namanya selepas ia memberi gambaran bahawa dirinya masih mempunyai kaitan dengan Capital Investment (Labuan) Limited, walhal ia adalah sebahagian daripada Kumpulan Kenanga.

Berikutan itu, Tengku Zafrul telah memaklumkan bahawa beliau akan mendapatkan nasihat lanjut dan tindakan susulan daripada peguamnya.

Sumber: Sinar Harian

Share.

Leave A Reply