Penduduk Kampung Klebang Hasilkan Bendera Palestin Sepanjang 1.1 Kilometer

| May 31, 2021 | 0 Comments

Penduduk Kampung Klebang Hasilkan Bendera Palestin Sepanjang 1.1 Kilometer | Turut merasa terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin dan kesengsaraan yang perlu dihadapi oleh mereka, penduduk dan  UMNO Bahagian Tangga Batu telah bersatu hati bergotong-royong menjahit bendera bagi menghasilkan bendera negara Palestin.

Penduduk Kampung Klebang Hasilkan Bendera Palestin Sepanjang 1.1 Kilometer

Bendera sepanjang 1.1 kilometer itu telah berjaya dihasilkan sebagai tanda solidariti penduduk tempatan terhadap rakyat negara itu. Pada masa yang sama bendera itu turut mendapat pengiktirafan sebagai bendera terpanjang pernah dihasilkan di Malaysia.

Ketua UMNO Bahagian Tangga Batu, Senator Datuk Seri Mohamad Ali Mohamad berkata, pihaknya terpanggil untuk menjahit bendera Palestin bersaiz 1.5 meter lebar itu selepas dicadangkan beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO).

Satu perbincangan khusus telah diadakan dan terdapat lapan orang wanita telah secara sukarela menawarkan diri untuk menjahit bendera itu. Mereka mengambil masa kira-kira selama lapan hari untuk menyiapkan bendera sepanjang 1.1 kilometer itu. Kini bendera itu berjaya dihamparkan di kawasan tambakan laut di Limbongan.

@aimantb93Bendera 🇵🇸 Terpanjang 1.1KM di kawasan persisiran Pantai Klebang..#freepalestine #savepalestine❤️🇵🇸 #fypmalaysia🇲🇾 #fypシ #israelkoyak♬ original sound – Muhammad Aiman7362

Dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0, bendera itu dibawa dari Kampung Klebang sejauh lima kilometer untuk dihamparkan oleh 15 penduduk kampung di lokasi berkenaan.

Mohamad Ali yang juga Timbalan Speaker Dewan Negara, berkata, pihaknya akan mendapatkan pengesahan daripada Malaysia Books Of Records (MBR) dalam tempoh terdekat bagi membolehkan pemasangan bendera itu disenaraikan dalam rekod Malaysia.

Tambahnya lagi, bendera berkenaan akan dipasang di mana-mana sekolah atau jabatan kerajaan yang berminat dan berharap agar usaha ini dapat mengekalkan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin dalam mempertahankan tanah mereka daripada rejim Zionis.

Sumber: Harian Metro

 

 

Tags: , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *