Penemuan Mayat Lelaki Dalam Patung Dinosaur

| May 24, 2021 | 0 Comments

Penemuan Mayat Lelaki Dalam Patung Dinosaur | Warga Barcelona telah dikejutkan dengan penemuan seorang lelaki ditemukan mati di dalam patung dinosaur jenis stegosaurus gergasi di bandar terbabit selepas ia dikatakan hilang oleh ahli keluarganya, baru-baru ini. 

Penemuan Mayat Lelaki Dalam Patung Dinosaur

Menurut laporan dari Daily Mail menerusi Sinar Harian, mayat yang berusia 39 tahun tersebut telah ditemukan oleh seorang lelaki bersama anaknya selepas mereka menyedari terdapat bau busuk dari patung dinosaur berkenaan.

Jurucakap polis telah memberitahu bahawa tiga pasuka bomba beserta polis telah dikerahkan ke lokasi kejadian selepas mereka dikhabarkan terpaksa menggunakan perkhidmatan jentera kren untuk mengeluarkan mayat dari dalam replika terbabit.

Jelasnya lagi, mereka menerima panggilan kecemasan sejurus lelaki tersebut menghidu bau busuk yang mencurigakan sebelum ternampak terdapat mayat melalui celahan salah satu kaki belakang dinosaur berkenaan.

Media tempatan melaporkan bahawa mangsa dipercayai terjatuh ke dalam kandang dinasour terbabit ketika mencari telefonnya dan ia mungkin melibatkan kemalangan.

Kes kini masih disiasat untuk mengetahui punca sebenar kematian lelaki malang terbabit.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , , , , , ,

Category: DUNIA, KEMALANGAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *