Penganggur Dera Anak Tiri Didakwa Membvnuh Mangsa | Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini, atas tuduhan membunuh anak tirinya yang berusia 11 tahun pada Isnin minggu lalu.

Tertuduh, C Stephen Raj yang berumur43 tahun, mengangguk tanda faham sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret, Nik Siti Norazlini Nik Mohamed Faiz.

Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh adalah di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan, tertuduh yang juga seorang penganggur didakwa melakukan menyebabkan kematian anak perempuan tirinya yang berusia 11 tahun itu dengan niat membunuh.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Jalan Melur 5, Taman Sri Ramal, di sini kira-kira jam 11.33 malam pada 21 November lalu

Tertuduh didakwa melakukan pembunuhan itu mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan membawa hukuman gantung mandatori.

Prosiding pendakwaan hari ini, dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Norfarhanim Abdul Halim, manakala tertuduh diwakili peguam bela, M Manoharan

Majistret Nik Siti Norazlini menetapkan 10 Januari ini untuk sebutan semula kes.

BH sebelum ini, melaporkan mangsa dikejarkan ke Hospital Serdang selepas tidak sedarkan diri pada jam 11.33 malam Isnin lalu.

Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan, Ketua Polis Daerah Kajang, dilaporkan berkata mangsa yang dikejarkan ke hospital dengan ambulans disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan.

Hasil pemeriksaan bedah siasat dijalankan doktor pakar, mendapati punca kematian mangsa dipercayai akibat kesan hentakan benda tumpul pada bahagian kepala dan perut yang menyebabkan usus pecah.

Malah, terdapat juga kesan cedera lebam di bahagian punggung, buah dada dan lengan tangan mangsa.

Polis kemudian menahan bapa tiri mangsa ketika berada di pekarangan Hospital Serdang.

Mohd Zaid dilaporkan berkata, suspek mengaku ada memukul mangsa sebelum ini termasuk menggunakan baldi di dalam tandas akibat marah dengan mangsa yang sering membuat masalah di rumah ketika ketiadaan isterinya di rumah.

Sumber: Berita Harian

 

Artikel Lain

Video Tular Ditumbuk Dan Ditendang Oleh Anak Tiri. Ini Luahan Si Bapa.

Video Tular Ditumbuk Dan Ditendang Oleh Anak Tiri. Ini Luahan Si Bapa. | YAN: Mangsa yang ditumbuk dan ditendang oleh anak tirinya sehingga cedera dalam kejadian di Kampung Ruat di sini semalam berharap lelaki itu dipenjara dan dimasukkan ke wad psikiatri.

Dalam kejadian pada pukul 7 pagi semalam, individu berusia 29 tahun mengamuk selepas bapa tirinya, Nordin Ahmad, 71, enggan memberikannya wang.

Menurut Nordin, anak lelaki tunggal isterinya, Salmiah Man, 50, kini sukar dikawal dan akan mengamuk setiap kali mereka enggan menuruti kemahuannya.

“Saya juga mahu dia diberikan rawatan di wad psikiatri kerana tahap mentalnya semakin teruk sejak terlibat dengan dadah dan kegiatan menghidu gam beberapa tahun lalu.

“Sebelum ini kami telah melakukan pelbagai cara untuk mengawalnya termasuk membuat laporan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) dan melaporkan kepada pihak polis sebagai langkah berjaga-jaga,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Sementara itu, isterinya, Salmiah berkata, dia tidak menyangka anaknya itu akan bertindak agresif dengan menumbuk dan menendang bapa tirinya.

“Dalam kejadian itu, dia minta wang sebanyak RM50 untuk beli dadah selain meminta suami saya menghantarnya ke Hospital Yan untuk mengambil ubat penyakit mental dialaminya.

“Disebabkan suami enggan memenuhi kedua-dua permintaannya itu, dia mula mengamuk dan mencederakan suami saya sebelum melarikan diri,” jelasnya.

Katanya, anak lelakinya itu mula mengalami tekanan perasaan pada 2014 dan dia tinggal di rumah bekas suaminya suaminya di kampung sama.

“Setiap hari dia akan datang makan di sini selain meminta wang untuk kegunaan hariannya dan pulang bermalam di rumah yang didudukinya seorang diri,” katanya.

Salmiah bagaimanapun bersyukur kerana suaminya tidak bertindak balas semasa kejadian itu bagi mengelak anaknya menjadi lebih marah.

“Kecederaan suami terutama di bahagian telinga dan dada semakin pulih selepas menerima rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Yan semalam,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintenden Shahnaz Akhtar Haji berkata, keputusan saringan urin lelaki tersebut didapati negatif dadah.

“Dia direman selama tiga hari bermula hari ini hingga 18 Februari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 2012,” katanya.

Sumber : UM

Share.

Leave A Reply