Penganggur Rogol Kanak-Kanak 7 Tahun Dipenjara 18 Tahun,6 Sebatan

| May 26, 2021 | 0 Comments

Penganggur Rogol Kanak-Kanak 7 Tahun Dipenjara 18 Tahun,6 Sebatan | Seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen Klang hari ini, selepas mengaku bersalah merogol seorang kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun yang juga merupakan anak saudaranya dalam kejadian di Simpang Renggam dekat sini, dua minggu lalu.

Penganggur Rogol Kanak-Kanak 7 Tahun Dipenjara 18 Tahun,6 Kali Sebatan

Hakim Mujib Saroji juga memerintahkan lelaki berumur 39 tahun dan belum berkahwin itu menjalani hukuman penjara bermula dari tarikh tangkap pada 15 Mei lalu.

Tertuduh mengaku merogol kanak-kanak perempuan berkenaan di bilik belakang sebuah rumah di sebuah kampung di Simpang Renggam pada jam 3.30 petang pada 14 Mei lalu.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (2) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada 10 tahun dan maksimum 30 tahun berserta sebatan.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili mana-mana peguam memohon maaf atas perbuatannya dan meminta hukumannya diringankan.

Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Muhamad Dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal terhadap tertuduh yang mempunyai pertalian persaudaraan dengan mangsa bagi memberi pengajaran kepadanya dan orang awam.

Beliau berkata, hukuman yang dijatuhkan perlu menunjukkan bahawa kerajaan dan mahkamah serius terhadap kesalahan merogol kanak-kanak kerana kes sedemikian adalah jenayah berat.

Di mahkamah sama, seorang pemilik syarikat alat ganti kereta Tan Chuang Loong, 32, didakwa atas kesalahan membunuh seorang lelaki K Ramachandran menggunakan sebatang paip polivinil klorida (PVC) di sebuah kilang di Jalan Perindustrian Gemilang, Taman Perindustrian Gemilang.

Tan dituduh melakukan kesalahan itu antara 2.50 pagi hingga 4 pagi pada 15 Mei lepas mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan.

Tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang diwakili peguam Dr Abraham Mathew kerana kes bunuh adalah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mahkamah menetapkan 17 Jun untuk sebutan semula kes bagi pihak pendakwaan menyerahkan laporan bedah siasat.

Sumber: Metro

Tags: , , , ,

Category: JENAYAH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *