Pengantin Perempuan Meninggal Dunia 5 Minit Selepas Nikah | Seorang pengantin perempuan di Palembang, Indonesia meninggal dunia 5 minit selepas diijab kabul bersama pasangannya, lapor laman berita Liputan 6 hari ini.
Kisah sedih itu dimuat naik dalam akaun Instagram @viralyes.
Van Jenazah Tiba Ketika Majlis Kahwin
Dalam video tersebut, sebuah van jenazah tiba di pekarangan rumah pengantin perempuan untuk membawa mayat wanita itu ke Hospital Mohammad Hoesin di Palembang.
Halaman rumah tersebut sudah disediakan khemah dan kerusi untuk tetamu. Namun, kelihatan beberapa lelaki bekerjasama membantu van jenazah masuk ke bawah khemah.
Punca Keletihan Dan Hipertensi
“Perkahwinan yang pada awalnya penuh kebahagiaan bertukar duka. Selepas 5 minit ijab kabul, pengantin perempuan menghembuskan nafas terakhir,” tulis akaun tersebut.
Pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia akibat keletihan dan hipertensi semasa perarakan perkahwinan. Dia didakwa pengsan sebelum disahkan meninggal dunia.
Sumber : Kosmo
Baca Juga Artikel Ini :
Bekas Teman Lelaki Hadiah Bahan Letupan, Pengantin Lelaki M@ut | Seorang lelaki yang baru berkahwin dan abangnya maut selepas sistem teater rumah yang diterima sebagai hadiah perkahwinan meletup sebaik dipasang, Isnin lalu.
Dalam kejadian letupan di daerah Kabirdham di Chhattisgarh, tengah negeri India itu, empat lagi mangsa parah, lapor NDTV.
Kesan letupan itu turut menyebabkan dinding dan bumbung bilik runtuh.
Siasatan polis mendapati hadiah itu daripada bekas teman lelaki pengantin perempuan dan ia sengaja diletakkan dengan bahan letupan.
Menurut polis, pengantin lelaki yang dikenali sebagai Hemendra Merawi, 22, menghidupkan sistem teater rumah itu sebelum berlaku letupan besar yang membawa kepada kematiannya di tempat kejadian.
Abangnya, Rajkumar, 30, pula meninggal dunia semasa menerima rawatan.
Empat yang cedera termasuk seorang budak lelaki berusia setahun sedang menjalani rawatan di hospital daerah di Kawradha.
Berdasarkan siasatan polis, didapati letupan berlaku kerana seseorang meletakkan bahan letupan di dalam sistem teater rumah.
Polis mengenal pasti tertuduh sebagai Sarju dan berjaya menahannya.
Penguasa Tambahan Polis Kabirdham Manisha Thakur berkata, soal siasat suspek mengaku berang dengan bekas teman wanitanya kerana berkahwin lalu menghadiahkan sistem teater rumah dengan bahan letupan di dalamnya.
Menurut polis, pasangan terbabit berkahwin pada 1 April lalu.
Sumber: Harian Metro
Baca Juga Artikel Ini :
Pengantin Perempuan Minta Kain Kafan Sebagai Mas Kahwin | Momen majlis ijab kabul sepasang pengantin di Lombok, Indonesia menjadi bualan hangat netizen apabila pasangan itu menjadikan kain kafan sebagai mas kahwin.
Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna dikenali sebagai It’s Me di TikTok, kedengaran pengantin lelaki menyebut mahar perkahwinan berupa kain kafan serta wang tunai berjumlah 1.58 juta rupiah (RM753).
Saya nikahkan saudara dengan Baiq Sri Rtana Wahyuningsih binti Selamat Harta dengan kain kafan dan mas kahwin sebanyak 2.58 juta rupiah (RM753) dibayar tunai.
Difahamkan, pemilik video terbabit, Febriana Dwi Sulastri mendedahkan pengantin terbabit adalah ibu saudaranya.
Yang ditawarkan hanyalah kesenangan dunia dan kain kafan mengingatkan kita dengan kematian dan melambangkan ikatan cinta sampai ajal yang memisahkan kita.
Semua ahli keluarga terkejut dan ramai yang melarang sampai orang tuanya tidak setuju tapi pengantin wanita tetap nak mahar itu.
Sumber: Oh Bulan
Baca Juga Artikel Ini :
Batal Pernikahan Kerana Pengantin Lelaki Gagal Sedia Mas Kahwin RM 21,198. | JAKARTA – Gara-gara gagal menyerahkan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198), sepasang kekasih di Indonesia terpaksa akur untuk berpisah selepas keluarga bakal pengantin perempuan membatalkan majlis perkahwinan mereka, lapor portal berita Wolipop semalam.
Berdasarkan kisah yang tular di laman TikTok itu, gadis berasal dari wilayah Sulawesi Barat, Marwana Nareswari mendedahkan bahawa dia dan tunangnya terpaksa membatalkan perkahwinan kerana kedua-dua keluarga lebih mementingkan adat.
Menurut Marwana atau lebih gemar disapa Awa, dia dan bekas tunangnya telah menyiapkan semua persiapan perkahwinan bahkan, gambar praperkahwinan juga telah dirakam.
Awa berkata, ketika bekas tunang dan keluarga datang menemui keluarganya, ibu bapanya menentukan mas kahwin sebanyak 75 juta rupiah (RM21,198) memandangkan gadis tersebut berdarah Sulawesi.
“Rupa-rupanya, jumlah mas kahwin itu membuatkan keluarga calon suami saya terkejut. Ini kerana keluarga mereka berasal dari Jawa dan jumlah mas kahwin yang kami tetapkan dianggap amat tinggi.
“Mereka juga menyangkakan bahawa mas kahwin sekitar 5 juta rupiah (RM1,413) mungkin sudah cukup untuk diserahkan, namun keadaan berbeza bagi penduduk Sulawesi,” jelasnya.
Awa dan bekas tunangnya kemudian mula bimbang kerana menjelang tarikh perkahwinan asal mereka iaitu 9 September 2022, tiada khabar diterima daripada keluarga lelaki itu.
Menurut Awa, keluarganya turut berasa malu kerana mereka banyak menerima tanggapan negatif daripada orang ramai disebabkan majlis perkahwinan tidak berlangsung pada tarikh dirancang.
Selepas majlis ditunda ke 7 Januari 2023, Awa berkata, keluarga bekas tunangnya akhirnya pergi menemui mereka di Sulawesi tanpa membawa wang mas kahwin yang diminta untuk diserahkan.
Tidak cukup dengan itu, bekas tunangnya juga jatuh sakit serta hanya mampu menyerahkan 20 peratus daripada jumlah mas kahwin yang ditetapkan.
Keadaan itu membuatkan keluarga Awa marah lalu mengusir keluarga bekas tunangnya serta membatalkan pernikahan mereka.
“Kita seeloknya memudahkan urusan mas kahwin dan majlis perkahwinan. Bagi calon pengantin, ibu bapa dan mentua, seeloknya mas kahwin perlu ditetapkan pada kadar sewajarnya mengikut keadaan dan jangan dipaksa jika tidak mampu.
“Kita mencari keberkatan dan reda Allah, bukan reda manusia,” katanya. – Agensi
Sumber : Kosmo