Pengawalan Harga Ayam, Telur: Najib Sindir Berkali Kali Beri Amaran | Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa telah berulang kali memberi amaran, ramalan dan cadangan tentang pengawalan harga ayam dan telur.

Pengawalan Harga Ayam, Telur: Najib Sindir Berkali Kali Beri Amaran

Najib dalam masa yang sama menyindir Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid yang dikatakan selepas hampir 10 bulan baru memahami apa yang dinyatakan sebelum ini.

Kata beliau, dari zaman PM8 sehingga PM8 tumbang, entah dah berapa kali sudah beri amaran serta ramalan apa akan berlaku siap dengan cadangan untuk mengatasi masalah ini.

Sambungnya, melaksanakan kawalan harga tanpa menyelesaikan masalah pokok kos pengeluaran yang naik mendadak akan menyebabkan harga ayam dan telur naik mendadak atau pasaran akan kekurangan bekalan.

Jelasnya, ini akan lagi menyeksakan rakyat jika bekalan makanan asas terhenti.

Rosol hari ini dilapor menyatakan KPDNHEP memandang serius isu kekurangan bekalan telur ayam di pasaran.

Katanya, satu perbicangan akan diadakan bersama Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) untuk mencari penyelesaian segera bagi mengatasi masalah tersebut.

Katanya, kita akan bincang untuk atasi situasi ini supaya isu harga dan bekalan tidak menjadi masalah kerana kalau harga stabil, tapi bekalan tidak ada pun akan jadi masalah juga.

Sumber: Sinar Harian

 

Share.

Leave A Reply