Pengetip Kuku Ditemui Dalam Kerongkong Bayi 8 Bulan, Ini Puncanya.. | Seorang bayi lelaki berumur lapan bulan di India berdepan detik cemas apabila tertelan pengetip kuku semasa sedang bermain dengan alat tersebut, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kejadian pada 19 September lalu di daerah Nashik, barat India itu menyaksikan mangsa dikejarkan ke sebuah hospital selepas pengetip kuku tersekat pada kerongkongnya.

Beberapa gambar yang tular menunjukkan doktor-doktor bertungkus lumus cuba mengeluarkan alat tersebut dalam satu pembedahan kecemasan.

Bayi itu dikatakan menelan pemotong kuku sepanjang lima sentimeter semasa sedang bermain dan segera dibawa ke hospital sebaik sahaja disedari oleh ibu bapanya.

Imbasan X-ray yang diambil memaparkan dengan jelas pengetip kuku itu tersekat di dalam kerongkong mangsa dan hampir menghalang seluruh ruang udaranya.

Mangsa menjalani pembedahan kecemasan selama sejam di Kolej Perubatan Pawar di Adgao sebelum pengetip kuku itu berjaya dikeluarkan.

Kanak-kanak itu kini berada dalam keadaan stabil dan sihat selepas pembedahan selesai.

Netizen juga turut meninggalkan pelbagai komen berkenaan ini.

“Ibu bapa perlu sentiasa pantau anak-anak lebih-lebih lagi masih bayi” Komen seorang netizen.

“Mujur tidak terus masuk ke dalam perut, ngeri betul” ulas seorang dikomen.

“Umur masih panjang, mujur ambil tindakan secepatnya, kesian sikecil yang tidak tahu apa-apa” kata seorang netizen.

“Berderau darah lihat gambar ini, besar juga saiz pengetip kuku tu, bahaya betul” Ulas seorang lelaki dikomen.

“Kenapa ibu bapa boleh biarkan anak-anak bermain dengan objek bahaya sebegitu?” Marah seorang netizen di komen

Sumber : Kosmo

Share.

Leave A Reply