Seorang penghantar makanan didenda RM4,000 oleh Mahkamah Majistret di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan seorang wanita pada 20 April lalu.

Penghantar Makananan Didenda RM40,000 Akibat 'Tangan Gatal'

Majistret, Melati Diana, mengarahkan tertuduh, Muhammad Falihin Abdul Talib, 28, dipenjarakan tiga bulan jika gagal membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Falihin mengaku bersalah sebaik mendengar pertuduhan dikemukakan terhadapnya oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nazri Abdul Rahim.

Berdasarkan pertuduhan, dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari pengadu menunggang motosikal berhampiran lampu isyarat Jalan Bukit Gambir arah Sungai Nibong sebelum tertuduh yang turut menunggang motosikal dengan berpakaian kerja datang dari arah belakang menuju ke sebelah kanan sebelum menghimpit kenderaan mangsa.

Salihin didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman tersebut.

Tertuduh yang diwakili peguam bela, S Bommy, merayu hukuman terhadap anak guamnya yang juga pencari nafkah tunggal, diringankan memandangkan tertuduh yang mempunyai seorang anak berusia, manakala isterinya sedang hamil lima bulan.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply