Polis mengesahkan seorang pengulas sukan di stesen televisyen swasta membuat laporan polis susulan menerima mesej berbaur ugutan daripada peminat fanatik pemain badminton perseorangan negara.

Pengulas Sukan Buat Laporan Polis. SEBABNYA Buat Ramai Setuju..

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata pengulas sukan lelaki itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam kira-kira jam 1 pagi semalam.

Jelasnya, pengadu (pengulas sukan) itu menerima mesej melalui laman Instagram “antimediababi” yang berbaur ugutan pada 27 Ogos lalu.

Ujarnya lagi, pengadu membuat laporan polis kerana mesej berkenaan mendatangkan kegusaran kepada dia sekeluarga.

Katanya dalam satu kenyataan, antara ayatnya adalah ‘lagi sekali ko (kau) bagi kritikan negatif dkt (dekat) semua atlet Malaysia ko (kau) aku akan kerjakan’ dan ‘ko (kau) buat pesanan maut menanti depan rumah ko (kau).

Mohd Iqbal berkata, hasil siasatan awal polis mendapati pengulas sukan terbabit ada menyentuh mengenai kemerosotan pemain badminton negara, Lee Zhi Jia ketika mengulas dalam rancangan Nindia Pak Long.

Tambahnya lagi, pengadu mengesyaki perkara terbabit mungkin mengundang rasa tidak puas hati pihak tertentu.

Difahamkan, kes diklasifikasikan mengikut seksyen 507 Kanun Keseksaan / Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil dan Seksyen 233 Akta Komunikasi & Multimedia.

Beliau meminta agar jika orang awam mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes ini boleh disalurkan kepada pegawai penyiasat Inspektor Hadi di talian 016-2745515.

Sumber: Berita Harian

Share.

Leave A Reply