Pengusaha Kedai Buku Tersepit Untuk Memenuhi Permintaan Awam

| June 22, 2021 | 0 Comments

Pengusaha Kedai Buku Tersepit Untuk Memenuhi Permintaan Awam | Kerajaan telah diminta untuk memberikan kelonggaran kepada kedai buku untuk beroperasi sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh. Ini adalah bagi memudahkan urusan guru-guru, ibu bapa dan pelajar mendapatkan keperluan pembelajaran mereka.

Pengusaha Kedai Buku Tersepit Untuk Memenuhi Permintaan Awam

Pengusaha kedai buku, Abdul Halim Sa’adon yang juga Pengarah Badan Cemerlang Sdn Bhd berkata, pihaknya turut tersepit untuk memenuhi permintaan golongan berkenaan yang kini terpaksa mengikuti kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).

Ramai ibu bapa dan guru yang terdesak untuk mendapatkan bahan bacaan, bahan bantuan pengajaran dan pembelajaran serta perkhidmatan fotostat. Mereka memahami situasi yang dihadapi namun mereka sendiri mengalami kekangan untuk memenuhi kesemua permintaan itu.

Mereka terpaksa untuk mengambil alternatif lain agar dapat memuaskan hati semua pihak dengan membuka pesanan melakui aplikasi whatsapp dan juga laman sesawang. Setelah itu kesemua barangan tersebut aka dihantar dengan menggunakan perkhidmatan kurier.

Setakat ini itu sahaja yang mereka dapat bantu, tambahan pula mereka hanya dibenarkan untuk beroperasi selama tiga hari sahaja seminggu iaitu pada hari isnin, rabu dan jumaat selama lapan jam dengan pematuhan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.

Kedai mereka dibuka bukan untuk orang awam, tetapi bagi memudahkan urusan mereka memproses barangan pelanggan. Lebih memburukkan keadaan apabila pasar raya dibuka, namun bahagian alat tulis tidak beroperasi, membuatkan ibu bapa dan guru buntu dengan keadaan itu.

Dia yang mempunyai gedung buku di Angsana Johor Bahru Mall berpendapat bahawa tidaklah berbaloi untuk pelanggan membayar lebih bagi mendapatkan alat tulis dalam talian kerana perlu menanggung kos tambahan perkhidmatan kurier.

Tambahnya lagi, keadaan ini tidak adil sama sekali kepada ibu bapa, guru dan juga pelajar. Kedai bukunya itu juga sudah diibaratkan nyawa-nyawa ikan sekarang. Salah satu perkara yang kerajaan perlu teliti dan buat kelonggaran adalah pada kedai-kedai buku.

Sementara itu, seorang bapa, Mohd Saufi Md Salleh, 35, turut mengakui masalah yang dihadapi dan mengharapkan kerajaan mempertimbang pembukaan kedai buku untuk kemudahan semua pihak. antara kemudahan pembelajaran yang mendesak ialah alat tulis, peralatan teknikal dan kalkulator saintifik.

Tambahnya lagi, walaupun mereka mengikuti kelas secara dalam talian, kelengkapan alat tulis dan bahan bacaan masih lagi diperlukan.

Sumber: Sinar Harian

Tags: , , , ,

Category: Uncategorized

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *