Peniaga Dan Pelanggan Cedera. Ini Yang Berlaku. | Seorang peniaga buah-buahan yang mempunyai satu gerai di Jalan Besar Ayer Tawar. Peniaga itu dan seorang pelanggannya cedera disebabkan lima buah kenderaan yang berbagai jenis terbabas sehingga merempuh gerainya yang berada di Jalan Besar Ayer Tawar, pada Isnin.
Menurut laporan siasatan, penjual buah-buahan itu berusia 42 tahun dan mengalami kecederaan parah di bahagian lengan kanan dan kaki kanan. Manakala pelanggannya yang berusia 54 tahun itu hanya mengalami cedera yang ringan di bahagian kepala dan juga di badan.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, beliau menyatakan bahawa mereka menerima maklumat mengenai kemalangan ini pada 1.50 petang.

 

 

Beliau juga menyatakan dalam satu kenyataan, keemalangan melibatkan lima buah kenderaan yang merempuh sebuah gerai buah-buahan dan terdapat dua orang mangsa. Oleh itu, kedua-dua mangsa tidak tersepit.

Atas kejadian tersebut, dalam operasinya diketuai oleh Pegawai Bomba Kanan II Sukardi Mohamed dan operasi tersebut telah ditamat pada pukul 2.30 petang.

Sehubungan dengan itu, pihak polis memohon untuk memberi kerjasama kepada orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian untuk tampil membantu siasatan.

Asisten Komisioner Nor Omar Sappi, Ketua Polis Daerah Manjung berkata kepada orang awam bahawa mereka yang mempunyai maklumat berkaotan boleh menghubungi Bilik Gerakan IPD Manjung di talian 05-6886222 atau mana-mana balai polis yang berhampiran.

 

Sumber: Astro Awani, Siakap Keli

Share.

Leave A Reply