Seorang peniaga kek lapis berselisih ajal apabila terselamat meskipun kereta dipandu ‘lumat’ selepas merempuh sebuah lori 25 tan di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) di Kandang, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, mangsa, Maizatul Mad. Said, 49, yang memandu Proton Wira hanya mengalami luka ringan di tangan dan kaki.

Menurut Maizatul, dia sempat melaungkan kalimah ‘Allahuakhbar’ selepas gagal mengawal kereta sehingga merempuh bahagian belakang lori berkenaan.

“Masa tu saya nampak bucu belakang lori dah dekat dengan kereta, saya hanya mampu menjerit Allahuakhbar sebelum terdengar bunyi seperti tin kemek apabila bumbung kereta merempuh lori.

“Alhamdulillah, dengan kuasa Allah, selepas itu saya buka mata dan nampak tangan masih berada di stering, saya mampu bangun dan keluar sendiri walaupun keadaan kereta ketika itu sudah lumat,” katanya ketika dihubungi pemberita, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut ibu anak satu itu memberitahu, ketika kejadian dia dan lori tersebut dalam perjalanan dari arah Jasin menghala ke Melaka.

“Ketika itu saya ingin ke Klebang untuk berniaga selepas menghantar anak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Jasin.

“Saya berada di belakang lori tersebut dan apabila sampai di lokasi lori tersebut ingin membuat pusingan U, menyebabkan saya gagal mengawal kenderaan,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, hasil siasatan pegawai penyiasat ke lokasi mendapati lori tersebut membuat pusingan U di kawasan dibenarkan.

“Ketika membuat pusiangan U, tiba-tiba lori itu dilanggar kereta dipandu mangsa menyebabkan pemandu wanita itu mengalami luka kecil di tangan dan kaki,” katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen Sek 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

@kuaklentang

berlaku depan mate.. lori dgn kereta.. alhamdulilah mangsa selamat…

♬ bunyi asal – KuakLentang.com – KuakLentang.com

 

Sumber : Kosmo

 

Share.

Leave A Reply