Peniaga [email protected] Terkena Tayar Treler Tercabut. Allahu. | SETIU: Seorang peniaga maut, manakala rakannya patah tangan selepas terkena tayar treler yang terpelanting ke arah mereka di Kilometer 43 Kampung Merang berhampiran Shell Merang di sini, petang tadi.
Muhamad Airiel Rizman Mohamad Nazeri, 18, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di bahagian dada dalam kejadian kira-kira jam 5.05 petang itu.
Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintendan Afandi Hussin, berkata seorang lagi mangsa, Nik Muhammad Afiq Rizani Mohd Zainani, 22, mengalami patah tangan kanan, luka di bahagian muka dan dikejarkan ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati ketika kejadian treler itu dalam perjalanan dari arah Merang ke Kampung Telaga Papan, Setiu di sini.
“Sejurus tiba di lokasi kejadian, sebiji tayar pada bahagian belakang sebelah kiri treler itu secara tiba-tiba tercabut dan terpelanting terkena dua individu yang sedang berniaga di kaki lima jalan.
“Seorang mangsa (Muhamad Airiel Rizman) disahkan meninggal dunia oleh penolong pegawai perubatan di tempat kejadian, manakala seorang lagi dikejarkan ke Hospital Setiu untuk mendapatkan rawatan lanjut,” katanya di sini, hari ini.
Afandi berkata, mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Setiu, manakala pemandu treler berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Ketika kejadian keadaan cuaca baik dan permukaan jalan kering. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sumber : BH
ARTIKEL LAIN UNTUK DIBACA
Tiga Wanita M4ut 2 Bot Dinaiki Bertembung Di Perairan Lumut. | MANJUNG – Tiga wanita warga tempatan maut dalam kejadian dua bot bertembung di perairan Lumut Pangkor berhampiran Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di sini pada malam Isnin.
Dalam kejadian sekitar jam 9 malam itu, mangsa berusia antara 26 hingga 43 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Angkatan Tentera Laut, Lumut.
Ketua Polis Daerah Manjung, Asisten Komisioner Nor Omar Sappi berkata, siasatan mendapati, bot terlibat membawa muatan 17 penumpang bersama seorang tekong dari arah Lumut ke Pangkor.
Menurutnya, sebuah bot lagi dinaiki seorang tekong dan seorang penumpang dari arah bertentangan.
“Akibat pertembungan itu, 10 penumpang telah jatuh ke dalam laut sebelum diselamatkan oleh kedua-dua tekong bot berkenaan.
“Kesemua mereka kemudiannya di bawa ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, tiga daripada mangsa itu bagaimanapun disahkan meninggal dunia.
Katanya, kejadian turut mengakibatkan seorang wanita berusia 43 tahun ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU) manakala yang lain dirawat sebagai pesakit luar.
“Mangsa yang maut telah dihantar ke Hospital Seri Manjung untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kejadian.
“Setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu diminta tampil bagi membantu siasatan.
Sumber: Sinar Harian
Baca Juga: Anggota Polis & Jururawat Bertembung Motosikal M4ut
Balik Pulau: Anggota polis dan jururawat meninggal dunia dalam kemalangan di Jalan Tun Sardon, di sini, hari ini, selepas motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain.
Dalam kejadian pada jam 6.45 pagi itu, Koperal Muhammad Zohair Dzulkefle, 44, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala jururawat, Norsyazwani Roslan, 30, dilapor meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Balik Pulau.
Difahamkan, Muhammad Zohair yang bertugas di Cawangan Pengangkutan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Barat Daya itu dalam perjalanan dari Relau menuju ke Balik Pulau.
Manakala Norsyazwani yang bertugas di Hospital Bertam pula menunggang motosikal dari arah Balik Pulau menuju ke Relau.
Namun, sebaik tiba di lokasi, motosikal yang ditunggangi mereka bertembung antara satu sama lain menyebabkan Muhammad Zohair maut di tempat kejadian.
Norsyazwani yang mengalami cedera dihantar ke Hospital Balik Pulau bagi mendapat rawatan lanjut bagaimanapun disahkan meninggal dunia pada jam 10 pagi.
Mayat mangsa dihantar Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi proses bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Difahamkan, jenazah Muhammad Zohairakan dikebumi di Arau, Perlis.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Barat Daya Superintendan Kamarul Rizal Jenal ketika dihubungi, mengesahkan kejadian kemalangan itu.
Sumber: KMN